Connect with us

Terkini

5,000 CCTV atasi jenayah di Klang, janji calon Bebas

“Saya sedia beri 5,000 kamera litar tertutup (CCTV) secara percuma untuk dipasang sekitar kawasan Klang.” Demikian reaksi Calon Bebas Parlimen Klang, JR Deepak Jaikishan mengenai langkah yang akan diambilnya bagi membantu pihak berkuasa dalam mencegah jenayah di kawasan Klang.

Wartawan TMT

Published

on

5,000 CCTV atasi jenayah di Klang, janji calon Bebas
Foto: JR Deepak Jaikishan, Calon Bebas Parlimen Klang.
  • Calon Bebas Parlimen Klang, JR Deepak Jaikishan berkata demikian, mengenai langkah akan diambilnya bagi bantu pihak berkuasa mencegah jenayah di kawasan Klang.
  • Usaha ke arah pencegahan jenayah bukan terletak pada pihak berkuasa semata-mata terutamanya PDRM.
  • “Pemasangan CCTV sekali gus langkah yang amat berkesan, akan buatkan para pelaku jenayah berasa khuatir melakukan perkara menyalahi undang-undang.”

KLANG – [DIKEMAS KINI] “Saya sedia beri 5,000 kamera litar tertutup (CCTV) secara percuma untuk dipasang sekitar kawasan Klang.” Demikian reaksi Calon Bebas Parlimen Klang, JR Deepak Jaikishan mengenai langkah yang akan diambilnya bagi membantu pihak berkuasa dalam mencegah jenayah di kawasan Klang.

Deepak berkata, usaha ke arah pencegahan jenayah bukan terletak pada pihak berkuasa semata-mata terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Mereka mempunyai tanggungjawab yang besar, tambahan pula kawasan Klang ini luas.

“Sebagai warga Klang, seandainya terpilih, saya bersama ahli perniagaan besar di Klang akan sedia untuk memberi peruntukan dengan sokongan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk pemasangan 5,000 unit di Klang bagi mencegah jenayah di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika meninjau proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini pada Selasa.

Katanya, jenayah seharusnya dicegah daripada berlaku dengan menjalankan pemantauan pada setiap masa.

“Kita lihat di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, banyak CCTV yang dipasang, ini merupakan satu langkah baik dalam mencegah jenayah.

“Pemasangan CCTV sekali gus langkah yang amat berkesan, akan membuatkan para pelaku jenayah ini akan berasa khuatir melakukan perkara yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Parlimen Klang menyaksikan pertembungan tujuh penjuru yang melibatkan lima calon parti politik dan dua Bebas.

Calon bertanding termasuk V Ganabatirau (PH), Hedrhin Ramli (Bebas), Loo Cheng Wee (Warisan) dan S Chandrasegar (PRM).

Turut bertanding calon Perikatan Nasional (PN), Dr P Jaya Chandran; JR Deepak Jaikishan (Bebas) dan Tee Hooi Ling mewakili BN.

Sumber : Sinar Harian

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending