Connect with us

Terkini

292 kawasan ‘panas’ berpotensi cetus isu ketenteraman awam – PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti 292 kawasan ‘panas’ di seluruh negara yang berpotensi mencetuskan isu ketenteraman awam sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Wartawan TMT

Published

on

292 kawasan ‘panas’ berpotensi cetus isu ketenteraman awam - PDRM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • PDRM kenal pasti 292 kawasan ‘panas’ di seluruh negara berpotensi cetus isu ketenteraman awam sepanjang tempoh PRU15.
  • 51 daripada kawasan itu diberikan perhatian khusus bagi pastikan keselamatan terjamin dan selamat.
  • Situasi pilihan raya kali agak cabar dan sengit antara calon serta parti bertanding, ditambah senario semasa menjadikan faktor tercetusnya kehangatan PRU15.
  • “PDRM telah buat persiapan rapi daripada aspek latihan, kelengkapan aset dan mengenal pasti tempat-tempat menjadi kawasan panas.
  • “PDRM telah mengerahkan antaranya FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan), PGA (Pasukan Gerakan Am) dan UTK (Unit Tindak Khas) memastikan tahap keselamatan sepanjang PRU15 terjamin terutamanya semasa hari pengundian Sabtu ini.” – Pengarah Operasi PRU15 PDRM

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti 292 kawasan ‘panas’ di seluruh negara yang berpotensi mencetuskan isu ketenteraman awam sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Pengarah Operasi PRU15 PDRM, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, 51 daripada kawasan itu akan diberikan perhatian khusus bagi memastikan keselamatan terjamin dan selamat.

Beliau berkata, situasi pilihan raya kali ini dilihat agak mencabar dan sengit antara calon serta parti yang bertanding, ditambah pula senario semasa menjadikan faktor tercetusnya kehangatan PRU15.

“Namun begitu, PDRM telah membuat persiapan rapi daripada aspek latihan, kelengkapan aset dan mengenal pasti tempat-tempat yang menjadi kawasan yang panas.

“PDRM juga telah mengerahkan antaranya FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan), PGA (Pasukan Gerakan Am) dan UTK (Unit Tindak Khas) memastikan tahap keselamatan sepanjang PRU15 terjamin terutamanya semasa hari pengundian Sabtu ini,” katanya semasa menjadi tetamu jemputan program ‘Peringatan PDRM kepada Calon dan Pengundi PRU15’ anjuran Nasional FM hari ini.

Hazani berkata, antara kesalahan yang lazim dilakukan sepanjang pilihan raya adalah mengoyakkan poster, pergaduhan, perbuatan menghasut, demonstrasi, kesalahan dalam media sosial, menghalang penjawat awam membawa peti undi ke pusat mengundi dan menghalang pengundi ke tempat mengundi serta menghalang kempen secara bergerak.

“Ini adalah kesalahan yang biasa berlaku semasa PRU dan senario yang mungkin berlaku semasa pengumuman keputusan PRU iaitu perarakan kemenangan.Perarakan protes dan rusuhan mungkin berlaku selepas itu tetapi saya percaya rakyat Malaysia ini berhemah, berdisiplin serta bertoleransi,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, PDRM juga mempertingkatkan operasi risikan dan pemantauan di kawasan sempadan negara bagi memastikan keselamatan semasa adalah terkawal.

Hazani turut memberi jaminan bahawa keselamatan pengundi sentiasa terjamin dan menasihatkan agar mengundi secara berhemah dan tidak menimbulkan sebarang provokasi.

Mengulas sekiranya berlaku banjir di sesuatu kawasan pada hari mengundi, katanya, pihaknya akan menyelaras dengan agensi tindakan bencana lain termasuk Pegawai Daerah dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membantu mangsa banjir ke tempat mengundi. 

Sumber : Bernama

 

 

Author

Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Trending