Connect with us

Antarabangsa

Yahudi zionis berpesta dalam Masjid Ibrahimi

Selepas merampas Masjid Ibrahimi pada Ahad, warga Israel mengadakan pesta muzik di dalam masjid tersebut. Malah, warga Palestin pula dihalang daripada beribadah di dalam masjid mereka sendiri.

Wartawan TMT

Published

on

Yahudi zionis berpesta dalam Masjid Ibrahimi
Foto: Tangkapan skrin dari video tersebut.

Selepas merampas Masjid Ibrahimi pada Ahad, warga Israel mengadakan pesta muzik di dalam masjid tersebut. Malah, warga Palestin pula dihalang daripada beribadah di dalam masjid mereka sendiri.

Penganjur pesta muzik tersebut tidak berdepan dengan sebarang tindakan memandangkan Israel membenarkan warganya untuk mencela kawasan-kawasan ibadah Palestin secara berkala.

Seperti orang lain, warga Palestin berhak untuk mempunyai tempat beribadah yang selamat, bebas, dan dihormati.

Sejak bertahun lamanya, Israel telah menceroboh dan mengancam masjid yang terletak di wilayah Hebron itu. Terdahulu pada tahun 1994, di masjid tersebut jugalah seramai 29 warga Palestin, termasuk kanak-kanak telah ditembak mati oleh seorang warga Israel Amerika

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending