Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] 132 maut, berpuluh mangsa lagi hilang akibat jambatan runtuh di India

Angka kematian akibat jambatan pejalan kaki runtuh di Gujarat, India pada Ahad meningkat kepada sekurang-kurangnya 132 orang.

Wartawan TMT

Published

on

[VIDEO] 132 maut, berpuluh mangsa lagi hilang akibat jambatan runtuh di India
Foto: Jambatan pejalan kaki runtuh di Gujarat, India pada Ahad.
  • Ketua Menteri Gujarat, Harsh Sanghvi dilaporkan berkata sekurang-kurangnya 132 terkorban akibat insiden itu dan ramai lagi dikejarkan ke hospital.
  • Mangsa termasuk kanak-kanak sedang bersiar-siar bersama keluarga.
  • Beratus-ratus pengunjung guna jambatan gantung dibina ketika era pemerintahan British di sungai Machchhu bandar Morbi itu sebelum ia tiba-tiba runtuh.
  • Jambatan pejalan kaki sepanjang 232 meter itu lokasi pelancongan popular dibuka semula minggu lalu selepas ditutup selama tujuh bulan untuk pengubahsuaian.

NEW DELHI – Angka kematian akibat jambatan pejalan kaki runtuh di Gujarat, India pada Ahad meningkat kepada sekurang-kurangnya 132 orang.

Beratus-ratus pengunjung menggunakan jambatan gantung yang dibina ketika era pemerintahan British di sungai Machchhu bandar Morbi itu sebelum ia tiba-tiba runtuh.

Jambatan pejalan kaki sepanjang 232 meter, sebuah lokasi pelancongan popular dibuka semula minggu lalu selepas ditutup selama tujuh bulan untuk pengubahsuaian, lapor media tempatan.

Angka sebenar pengunjung yang berada di jambatan berkenaan ketika kejadian tidak dapat dipastikan.

Ketua Menteri Gujarat, Harsh Sanghvi memberitahu sekurang-kurangnya 132 terkorban akibat insiden berkenaan dan ramai lagi dikejarkan ke hospital.

Mangsa termasuk kanak-kanak yang sedang bersiar-siar bersama keluarga.

Tambah Sanghvi pasukan penyelamat yang turut disertai pasukan tentera teruskan usaha sepanjang malam bagi mencari mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.

“Jambatan itu tiba-tiba runtuh ketika kami berada di atasnya. Semua orang terjatuh,” kata seorang saksi.

Setakat ini berpuluh mangsa yang masih hilang. – BERNAMA

Sumber : Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending