Connect with us

Terkini

PRU-15: Undi kerajaan anti rasuah, tidak membodohkan rakyat, jamin kestabilan politik

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan medan terbaik buat pengundi memilih mereka yang benar-benar layak mentadbir negara bagi mengembalikan kegemilangan Malaysia, kata Pemerhati Politik, Dr Mohammad Agus Yusoff.

Wartawan TMT

Published

on

PRU-15: Undi kerajaan anti rasuah, tidak membodohkan rakyat, jamin kestabilan politik
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • PRU15 medan terbaik untuk pengundi memilih pentadbir yang benar layak mentadbir negara dan mengembalikan kegemilangan Malaysia. – Dr Mohammad Agus Yusoff.
  • Kerajaan sebelum ini dinyatakan tidak stabil disebabkan kemelut politik sehingga kerajaan silih berganti dengan tiga perdana menteri.
  • Memilih parti yang mampu memulihkan ekonomi negara, menentang rasuah, mengurangkan hutang negara dan sebagainya. – Dr Mohammad Agus Yusoff.

SHAH ALAM – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan medan terbaik buat pengundi memilih mereka yang benar-benar layak mentadbir negara bagi mengembalikan kegemilangan Malaysia, kata Pemerhati Politik, Dr Mohammad Agus Yusoff.

Bekas Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia itu menjelaskan, kerajaan sebelum ini disifatkan tidak stabil disebabkan kemelut politik sesama mereka sehingga kerajaan silih berganti dengan tiga perdana menteri.

Menurutnya, ada beberapa petunjuk penting dalam memilih calon terbaik, antaranya mereka mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan masalah utama setelah dipilih kelak.

“Apa yang penting parti yang perlu kita pilih ialah parti yang mampu memulihkan ekonomi negara, menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa, tidak membodohkan rakyat, dapat menjaga maruah negara di pentas dunia, mengurangkan hutang negara, meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam, mensejahterakan rakyat, memerintah dengan adil, membangunkan negara secara seimbang dan lestari, mendapat kepercayaan pelabur, membina Malaysia yang cemerlang, dan menjamin kestabilan politik,” katanya menerusi catatan di Facebooknya baru-baru ini.

Mengenai prestasi pentadbiran kerajaan sebelum ini, beliau menilainya sebagai lemah.

“Sebabnya mudah: banyak duit negara dibazirkan dengan pelantikan kabinet yang gemuk dan jawatan-jawatan lain yang tidak penting sebagai habuan politik. Polisi negara pula banyak bersifat ad-hoc (sementara). Akhirnya, ekonomi negara, pasaran saham dan nilai ringgit jatuh.

“Jika ditegur, budaya penafian menguasai. Kita masih alergik pada pandangan berbeza. Dengan lemahnya prestasi kerajaan lepas, saya melihat sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) semakin meningkat.

“DAP masih menguasai kawasan majoriti kaum Cina, dan PKR masih menguasai kawasan separuh bandar kerana apabila undi Melayu berpecah, undi bukan Melayu akan membantu PKR,” katanya.

Tambahnya, di kawasan luar bandar yang majoritinya Melayu khususnya di Kelantan dan Terengganu, persaingan adalah antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

“PH tidak mempunyai kekuatan akar umbi dan pemimpin untuk bersaing di kawasan ini melainkan pemimpin dan calon berwibawa dapat ditonjolkan.

“Persoalannya, bolehkah dan sempatkah dalam waktu yang singkat ini? Di Sarawak, parti politik tempatan mendominasi. DAP boleh memenangi kerusi di tiga kawasan majoriti kaum Cina.

“Di Sabah, BN dan PN mempunyai kekuatan dengan gabungan parti-parti tempatan bersama mereka. PH jika hendak menang pun hanya di kawasan bandar seperti Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan,” katanya.

Justeru beliau berkata, senario berkenaan menunjukkan sukar bagi mana-mana parti untuk memenangi majoriti kerusi.

“Kerajaan ditentukan oleh kerjasama selepas PRU. BN mempunyai peluang besar untuk menguasai kawasan Melayu, PN juga di kawasan majoriti Melayu yang menjadi kubu kuat Pas, dan PH di kawasan bukan Melayu dan separuh bandar. Jika ini berlaku, maka sekali lagi parti Sarawak dan Sabah akan menjadi king maker atau king breaker,” katanya.

Menilai semua itu Agus berkata, parti yang tidak bersatu memberi kelebihan kepada parti yang bersatu.

“Bersatu dan bekerjasama itu penting untuk menonjolkan imej perpaduan dan mendapat kepercayaan rakyat. Rakyat mahukan kerajaan kuat dan stabil. Jangan pendam dendam yang panjang dalam berpolitik,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Media jangan timbul persepsi, kaitkan tindakan keganasan dengan agama pelaku – Pendakwah

Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz (kiri) & Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.
  • Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.
  • Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.
  • “Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 
  • “Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.
  • Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

KUALA LUMPUR — Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.

Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.

“Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 

“Dia pasti tidak akan memalukan diri sendiri mendedah aurat atau mencederakan orang lain.

“Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.

Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

Seriously saya tak nampak. Andai mesej ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

“Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil dan kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending