Connect with us

Terkini

Menteri tidak lagi boleh campur tangan jika Suruhanjaya Pendidikan Nasional ditubuhkan – Ketua Pemuda UMNO

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan supaya Suruhanjaya Pendidikan Nasional ditubuhkan dan bidang kuasanya ditentukan melalui akta khusus.

Wartawan TMT

Published

on

Menteri tidak lagi boleh campur tangan jika Suruhanjaya Pendidikan Nasional ditubuhkan - Ketua Pemuda UMNO
Foto: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
  • Ketua Pemuda UMNO cadang Suruhanjaya Pendidikan Nasional ditubuhkan dan bidang kuasanya melalui akta khusus.
  • Setiap ahli dilantik harus dikalangan ahli akademik, guru pakar, wakil Kesatuan Perkhidmatan Penguruan Kebangsaan (NUTP), wakil ibu bapa serta pakar pendidikan lain.
  • Fungsi suruhanjaya ini bagi menetapkan silibus dan memastikan laluan pendidikan anak-anak adalah tepat.
  • “Menteri atau timbalannya tidak boleh campur tangan sepertimana sebelum ini sehingga menggadaikan kedudukan anak bangsa untuk kepentingan politik.

SHAH ALAM – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan supaya Suruhanjaya Pendidikan Nasional ditubuhkan dan bidang kuasanya ditentukan melalui akta khusus.

Menurut beliau, ahli-ahli dilantik hendaklah daripada kalangan ahli akademik, guru pakar, wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), wakil ibu bapa serta pakar pendidikan lain.

Asyraf Wajdi berkata, fungsi suruhanjaya ini bagi menetapkan silibus dan memastikan laluan pendidikan anak-anak adalah tepat.

“Menteri atau timbalannya tidak boleh campur tangan sepertimana sebelum ini sehingga menggadaikan kedudukan anak bangsa untuk kepentingan politik.

“Bagi BN, perkara paling utama adalah dengan meletakkan semula pendidikan anak-anak ini kepada ahlinya. Jangan sesekali memperjudikan pendidikan negara,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook pada Rabu.

Sementara itu, menurut Asyraf Wajdi, faktor paling utama sedang diberi perhatian oleh rakyat adalah kualiti pendidikan negara selain ekonomi.

Katanya, terdapat empat isu yang sering dibincangkan iaitu kekurangan guru, kesesakan kelas, silibus atau sistem yang sering bertukar mengikut menteri dan masalah beg berat.

“Masalah kekurangan guru ini mula muncul sejak 2013 apabila Kementerian Pendidikan ketika itu mahu merombak Institut Pendidikan Guru (IPG). Boleh rujuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

“Menteri Pendidikan ketika itu adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini adalah antara kesilapan ketika itu termasuk kontrak-kontrak yang dilihat berat sebelah semasa beliau menjawat jawatan menteri terutama 1BestariNet yang didapati gagal akibat kecuaian dan kelemahan tadbir urus,” dakwa beliau.

Asyraf Wajdi berkata, BN akan menilai pelan itu bagi memastikan IPG diperkasa dan ditambah serta bukannya dirombak atau cuba ditutup ketika zaman Pakatan Harapan (PH).

“Bagi isu kesesakan kelas, ia sebenarnya berkadar langsung dengan jumlah sekolah baru dan naik taraf sekolah sedia ada.

“Kerajaan BN pada awal 2018 telah mengesan masalah ini dan telah merancang pembinaan 30 buah sekolah baru pada tahun tersebut.

“Namun selepas kejatuhan BN, jumlah purata pembinaan sekolah baru hanyalah antara lapan hingga 10 buah setiap tahun,” katanya.

Beliau mendakwa, lebih buruk adalah pada zaman PH apabila kerajaan pusat ketika itu mensyaratkan kerajaan Sarawak untuk membayar hutang negeri terlebih dahulu sebelum dana membaiki sekolah daif disalurkan ke negeri berkenaan.

Tambah beliau, isu silibus yang mudah bertukar apabila menteri silih berganti juga adalah sesuatu yang menjengkelkan.

“Kita jangan lupa apabila usaha-usaha menormalisasikan ‘jasa komunis’ ketika kemerdekaan dimasukkan ke dalam buku teks beberapa tahun lepas.

“Ini merosakkan akar bangsa dan jati diri anak-anak. Menanam jarum halus yang mengelirukan bagi memenuhi ideologi politik sesetengah pihak,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Author

Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending