Connect with us

Terkini

Kerajaan tidak harus tunduk pada syarikat tembakau, Khairy terus sokong GEG

Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan terus memperjuang dan menyokong Dasar Generasi Penamat (GEG) dan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 sekiranya tidak menjadi Ahli Parlimen selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan tidak harus tunduk pada syarikat tembakau, Khairy terus sokong GEG
Foto: Khairy Jamaluddin.
  • Khairy Jamaluddin akan terus perjuang Dasar Generasi Penamat (GEG) sekiranya tidak menjadi Ahli Parlimen selepas PRU-15.
  • Beliau telah melakukan yang terbaik bagi membawa RUU itu sehingga dibacakan kali kedua di Dewan Rakyat.
  • Kerajaan dan menteri kesihatan baharu yang bakal dibentuk tidak perlu tunduk kepada syarikat tembakau.
  • “Mereka telah banyak mempengaruhi ahli Parlimen sedia ada dan media serta sebagainya untuk menakutkan rakyat mengenai RUU ini,” kata Khairy.

PUTRAJAYA – Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan terus memperjuang dan menyokong Dasar Generasi Penamat (GEG) dan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 sekiranya tidak menjadi Ahli Parlimen selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Kesihatan itu berkata, beliau telah melakukan yang terbaik bagi membawa RUU itu sehingga ia dibacakan kali kedua di Dewan Rakyat.

“Saya akan terus menyokong supaya GEG ini dibawa ke Parlimen dalam apa jua kedudukan saya selepas ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan seminar Anti Obes City Putrajaya dan pelancaran modul program pengurusan berat badan di sini pada Rabu.

Menurutnya, kerajaan dan menteri kesihatan baharu yang bakal dibentuk selepas pilihan raya seharusnya tidak tunduk kepada syarikat tembakau.

“Mereka telah banyak mempengaruhi ahli Parlimen sedia ada dan media serta sebagainya untuk menakutkan rakyat mengenai RUU ini,” katanya.

Beliau berkata, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa Parlimen baharu yang akan terbentuk itu akan dianggotai ahli yang baharu.

“Kita tidak boleh ambil pendirian bahawa Parlimen yang baharu ini akan automatik bersetuju dengan apa yang Parlimen lama putuskan melalui Jawatankuasa Pilihan Khas (JKP),” katanya.

RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dijadualkan untuk bacaan ketiga di Dewan Rakyat pada minggu hadapan.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Author

Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending