Connect with us

Terkini

KDN teliti dakwaan MOSSAD culik dua rakyat Palestin di Malaysia

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang membuat penelitian berhubung dakwaan kemasukan ejen perisikan Israel, Mossad yang menculik seorang warga Palestin seperti yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan pada Selasa.

Wartawan TMT

Published

on

KDN teliti dakwaan MOSSAD culik dua rakyat Palestin di Malaysia
Foto: Datuk Seri Hamzah Zainudin.
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan penelitian berhubung dakwaan kemasukan ejen perisikan Israel.
  • Tindakan itu dilakukan bagi membolehkan tindakan selanjutnya dapat diambil jika benar wujud kemasuk ejen perisikan terbabit.
  • Laporan akhbar tempatan mendakwa perisikan Israel telah memasuki negara ini dalam usaha mereka mengesan dan menculik dua lelaki Palestin yang mereka percaya sebagai aset Briged Hamas al-Qassam.
  • Setiap dokumen kemasukan warga asing akan dipantau dan diteliti sekiranya  rakyat asing yang memasuki negara tanpa dokumen sah, tindakan akan diambil.

KUANTAN – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang membuat penelitian berhubung dakwaan kemasukan ejen perisikan Israel, Mossad yang menculik seorang warga Palestin seperti yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan pada Selasa.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin menjelaskan ini bagi membolehkan tindakan selanjutnya dapat diambil jika benar wujud kemasukan ejen perisikan terbabit.

“Kita akan pantau dan akhirnya, kalau kita rasa sudah sampai masa untuk kita tangkap mereka. Kita akan ambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar tempatan yang mendakwa perisikan Israel telah memasuki negara ini dalam usaha mereka mengesan dan menculik dua lelaki Palestin yang mereka percaya sebagai aset Briged Hamas al-Qassam.

Akhbar terbabit turut melaporkan tindakan agen perisik berkenaan yang telah menyesuaikan taktik untuk tidak meninggalkan kesan penglibatan mereka selain dipercayai merekrut aset tempatan untuk membantu rejim Zionis memburu anggota Hamas di Malaysia.

Beliau menjelaskan kerajaan sentiasa meneliti dan memantau setiap dokumen kemasukan rakyat asing ke dalam negara ini.

Tambahnya, sekiranya terdapat mana-mana rakyat asing yang memasuki negara tanpa dokumen sah, tindakan akan diambil.

“Sesiapa sahaja yang masuk ke dalam negara kita ini, mereka perlu ada dokumen sah. Jadi bila kita ada maklumat yang mengatakan ada orang masuk menggunakan dokumen tidak sah, kita akan pantau.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending