Terkini
Bendung gejala rasuah di semua peringkat, Akta Perolehan Kerajaan perlu digubal
Kerajaan digesa agar menggubal Akta Perolehan Kerajaan bagi membendung gejala rasuah daripada berlaku di agensi-agensi kerajaan.

- Kerajaan digesa gubal Akta Perolehan Kerajaan bagi membendung rasuah di agensi kerajaan.
- Akta yang dicadangkan di bawah Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 masih belum digubal sehingga kini.
- Akta Perolehan Kerajaan itu akan meletakkan garis panduan, prosedur operasi standard (SOP) untuk perolehan kerajaan supaya apa sahaja tender seperti projek tebatan banjir mesti telus dan melalui jawatankuasa tertentu serta mempunyai mekanisme semak dan imbang.
SHAH ALAM – Kerajaan digesa agar menggubal Akta Perolehan Kerajaan bagi membendung gejala rasuah daripada berlaku di agensi-agensi kerajaan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badlishah Sham Baharin berkata, Akta Perolehan Kerajaan yang terkandung dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 masih lagi belum digubal sehingga kini.
“Akta Perolehan Kerajaan akan meletakkan garis panduan, prosedur operasi standard (SOP) untuk perolehan kerajaan supaya apa sahaja tender seperti projek tebatan banjir mesti telus dan melalui jawatankuasa tertentu serta mempunyai mekanisme semak dan imbang.
“Ia (Akta Perolehan Kerajaan) akan mengelakkan gejala rasuah daripada berlaku,” katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor menahan empat individu susulan serbuan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), baru-baru ini dipercayai berkaitan siasatan kes projek tebatan banjir mega bernilai ratusan juta ringgit.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, empat individu itu terdiri daripada seorang kontraktor dan tiga pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit.
Badlishah menambah, untuk memerangi rasuah di negara ini, ia haruslah dilakukan di semua peringkat.
“Bukan sahaja di peringkat kementerian atau agensi kerajaan, tetapi juga PBT kerana menjadi antara tempat di mana banyak tender (dikeluarkan) dan pengeluaran arahan kerja. Ia terbuka kepada gejala rasuah.
“Kita nak supaya PBT dibersihkan daripada gejala rasuah ini. Mana-mana pegawai yang didapati mengamalkan rasuah, memang perlu diambil tindakan,” katanya.
Tegasnya, untuk memerangi rasuah, ia hendaklah dilakukan sehingga ke peringkat akar umbi dan apa sahaja tindakan perlu dilakukan.
Sumber: Sinar Harian
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah