Connect with us

Terkini

Banjir pada hari pengundian, SPR ada kuasa tangguh PRU15

Wartawan TMT

Published

on

Banjir pada hari pengundian, SPR ada kuasa tangguh PRU15
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ia berdasarkan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981. 
  • Kuasa itu boleh diputuskan SPR sekiranya berlaku bencana seperti banjir yang menyukarkan proses pengundian berlangsung. 
  • “Kalau contohnya pusat mengundi dinaiki air…SPR punya kuasa tangguh pengundian atau batalkan hari pengundian di kawasan itu.
  • “Sekiranya cukup bukti menunjukkan proses pengundian tidak boleh diteruskan, ia boleh ditangguhkan berdasarkan tatacara,” – Bekas Timbalan Pengerusi SPR.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk menangguhkan proses pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika berlakunya situasi bencana berdasarkan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981. 

Bekas Timbalan Pengerusi SPR Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, kuasa itu boleh diputuskan SPR sekiranya berlaku bencana seperti banjir yang menyukarkan proses pengundian berlangsung. 

“Kalau contohnya pusat mengundi dinaiki air…SPR mempunyai kuasa untuk menangguh pengundian atau membatalkan hari pengundian di kawasan itu.

“Contohnya pusat mengundi itu dinaiki air, ia perlu dilaporkan kepada pegawai pengurus pilihan raya. 

“Sekiranya cukup bukti menunjukkan proses pengundian memang tidak boleh diteruskan, ia boleh ditangguhkan berdasarkan tatacara,” katanya kepada BH, di sini.

Berdasarkan semakan di laman web SPR, peraturan itu menjelaskan jika pada bila-bila masa selepas suatu pilihan raya dimulakan, SPR dimaklumkan dengan memuaskan hatinya bahawa pengundian tidak dapat dijalankan atau sudah dijalankan tetapi tidak dapat diselesaikan di mana-mana tempat mengundi pada tarikh yang ditentukan di bawah sub peraturan 11 (5) kerana apa-apa sebab juapun; Bahawa SPR hendaklah melalui notis yang disiarkan dalam kawasan tempatan yang baginya tempat mengundi itu ditetapkan, menggantung pengundian itu dan menetapkan tarikh baharu bagi pengundian itu dijalankan atau diselesaikan mengikut apa-apa cara sebagaimana diarahkan suruhanjaya terbabit. 

Bagi maksud subperaturan (5) peraturan itu pula, tarikh baharu bagi pengundian ertinya hari mengundi awal yang baharu atau hari mengundi yang baharu mengikut mana-mana yang berkenaan. 

Pada masa sama, berkata, SPR mempunyai persediaan rapi bagi sebarang keadaan termasuk sudah memberikan latihan yang mencukupi kepada petugas. 

“Setiap petugas ada tatacara dan kerja yang diberi latihan untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing serta berdepan sebarang kemungkinan,” katanya. 

Wan Ahmad berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang pada 2011 membuktikan SPR boleh menjalankan tugas dengan baik meskipun pilihan raya ketika itu berlaku pada waktu banjir. 

Beliau berkata, ketika itu bantuan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan tentera membabitkan membawa kertas undi dan pengundi menggunakan bot serta trak ke pusat mengundi. 

“Semasa PRK Tenang kita teruskan namun ada keputusan yang lewat diumumkan kerana ia tidak boleh diisytiharkan malam itu kerana ada pusat mengundi dilanda banjir,” katanya. 

Sumber: Harian Metro

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Trending