Connect with us

Terkini

Bajet 2023: Jumlah peruntukan martabat syiar Islam kekal RM1.5 billion

Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1.5 bilion untuk pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam dalam Bajet 2023, sekali gus terus mengutamakan agenda memartabatkan syiar Islam.

Wartawan TMT

Published

on

Bajet 2023: Jumlah peruntukan martabat syiar Islam kekal RM1.5 billion
Foto: Jakim.
  • Daripada jumlah itu, RM150 juta akan digunakan tahun depan untuk menyelenggara fasiliti pendidikan di bawah seliaan JAKIM.
  • Ia termasuk fasiliti seperti sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz dan institusi pondok berdaftar.
  • Kerajaan juga setuju laksanakan pemberian khas sekali bayar RM500 untuk manfaat 72,000 orang imam, bilal, siak, noja, marbut, guru takmir dan guru KAFA.

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1.5 bilion untuk pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam dalam Bajet 2023, sekali gus terus mengutamakan agenda memartabatkan syiar Islam.

Daripada jumlah itu, sejumlah RM150 juta akan digunakan tahun depan untuk menyelenggara fasiliti pendidikan di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia termasuk fasiliti seperti sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz dan institusi pondok berdaftar.

Katanya, kerajaan juga bersetuju melaksanakan pemberian khas sekali bayar sebanyak RM500 untuk manfaat 72,000 orang imam, bilal, siak, noja, marbut, guru takmir dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Menurut beliau golongan tersebut berperanan besar dalam mendidik anak-anak dan mengimarah Islam di peringkat komuniti.

“Setiap tahun kerajaan menyediakan hampir RM700 juta sebagai bayaran elaun bulanan kepada imam, guru kafa dan guru takmir,” katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

 

Advertisement

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending