Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] 22 kanak-kanak terbunuh dalam kejadian tembakan di Thailand

34 terbunuh dalam kejadian tembakan rambang di pusat jagaan kanak-kanak dekat Bangkok, Thailand. Menurut pihak polis tempatan, pelaku merupakan seorang bekas pegawai polis yang telah diberhentikan perkhidmatannya atas sebab berkaitan dadah.

Wartawan TMT

Published

on

22 kanak-kanak terbunuh dalam kejadian tembakan di Thailand
Foto: Gambar suspek.
  • Tembakan rambang tercetus di pusat jagaan kanak-kanak.
  • 22 kanak-kanak dan 12 dewasa terbunuh.
  • Pelaku merupakan bekas pegawai polis yang dihentikan perkhidmatan atas alasan berkaitan dadah.
  • Pelaku datang ke pusat jagaan tersebut sekitar waktu makan tengahari.
  • Seorang guru yang hamil lapan bulan menjadi antara sasaran pertama pelaku.
  • Pelaku juga telah menembak mati isteri dan anaknya, sebelum menembak dirinya sendiri.

34 terbunuh dalam kejadian tembakan rambang di pusat jagaan kanak-kanak dekat Bangkok, Thailand. Menurut pihak polis tempatan, pelaku merupakan seorang bekas pegawai polis yang telah diberhentikan perkhidmatannya atas sebab berkaitan dadah.

Pelaku dikatakan juga telah menembak mati isteri dan anaknya sebelum menembak dirinya sendiri.

22 daripada jumlah mangsa adalah kanak-kanak. Pegawai daerah, Jidapa Boonsoom memaklumkan, kira-kira 30 kanak-kanak berada di pusat jagaan terbabit ketika lelaki bersenjata itu masuk sekitar waktu makan tengah hari.

Pelaku mula-mula menembak empat hingga lima pekerja pusat jagaan, termasuk seorang guru yang sedang hamil lapan bulan.

Tambahnya, orang ramai pada awalnya menyangka bunyi tembakan adalah bunyi mercun.

Kejadian tembakan rambang jarang berlaku di negara itu tetapi pernah berlaku pada tahun 2020, dimana seorang askar yang berang dengan perjanjian hartanah telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 29 terbunuh dan 57 tercedera dalam kejadian amuk yang menjangkau empat lokasi berbeza.

 Sumber: Reuters

Author

Antarabangsa

Kumpulan Sunni Lubnan bergabung dengan Hizbullah perangi Israel

Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush.
  • Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.
  • Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush memberitahu AP bahawa kumpulannya telah menyertai pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.
  • Ia sebagai tindak balas terhadap genosid rejim zionis yang berterusan ke atas Gaza dan serangannya terhadap pekan dan kampung di Lubnan yang telah membunuh orang awam, termasuk wartawan.
  • “Kami memutuskan untuk menyertai (pertempuran) sebagai tugasan kebangsaan, agama dan moral. Kami melakukannya untuk mempertahankan tanah dan kampung kami,” kata Takkoush kepada agensi berita itu di ibu pejabat kumpulannya di Beirut. 
  • “Kami juga berbuat demikian untuk menyokong saudara-saudara kami di Gaza” di mana Israel menjalankan “pembunuhan beramai-ramai secara terbuka,” katanya dipetik MEMO.

Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.

Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush memberitahu AP bahawa kumpulannya telah menyertai pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.

Ia sebagai tindak balas terhadap genosid rejim zionis yang berterusan ke atas Gaza dan serangannya terhadap pekan dan kampung di Lubnan yang telah membunuh orang awam, termasuk wartawan.

“Kami memutuskan untuk menyertai (pertempuran) sebagai tugasan kebangsaan, agama dan moral. Kami melakukannya untuk mempertahankan tanah dan kampung kami,” kata Takkoush kepada agensi berita itu di ibu pejabat kumpulannya di Beirut. 

“Kami juga berbuat demikian untuk menyokong saudara-saudara kami di Gaza” di mana Israel menjalankan “pembunuhan beramai-ramai secara terbuka,” katanya dipetik MEMO.

Menurut AP, sayap bersenjata Al-Jamaa Al-Islamiya, Fajr Force menjalankan operasi terhadap Israel dengan tumpuan utama di bandar selatan Sidon.

Takkoush percaya Israel bercita-cita untuk merampas lebih banyak wilayah, “bukan sahaja di Palestin tetapi termasuk Lubnan”.

Kumpulan itu bertindak secara bebas tetapi berkoordinasi rapat dengan Hizbullah dan cawangan Hamas Lubnan.

“Sebahagian daripada (serangan terhadap tentera Israel) dalam penyelarasan bersama Hamas yang berkoordinasi dengan Hizbullah,” kata Takkoush.

“Hubungan kami dengan Hizbullah baik dan berkembang dan ia semakin diperkukuhkan sedang kami tempuhi peperangan ini,” katanya, menjelaskan semua senjata yang mereka gunakan adalah dari senjata mereka sendiri. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending