Connect with us

Antarabangsa

100 orang terbunuh dalam serangan pengganas di Mogadishu, Somalia

Sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh dalam letupan di ibu negara Somalia, Mogadishu pada Sabtu lalu, demikian lapor agensi berita.

Wartawan TMT

Published

on

100 orang terbunuh dalam serangan pengganas di Mogadishu, Somalia
Foto: Sumber The Muslim News.
  • Sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh dalam letupan di ibu negara Somalia, Mogadishu pada hari Sabtu lalu.
  • Kumpulan al-Shabab yang dikaitkan dengan kumpulan al-Qaida mengaku  bertanggungjawab dalam serangan itu.
  • Presiden Somalia, Hassan Sheikh Mohamud berkata lebih 300 orang cedera dalam serangan pengganas itu selepas dia melawat lokasi letupan berkenaan.
  • Serangan itu berlaku di tempat yang sama dengan pengeboman terbesar di Somalia, yang membunuh lebih daripada 500 individu pada bulan sama iaitu pada 2017.

MOGADISHU – Sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh dalam letupan di ibu negara Somalia, Mogadishu pada Sabtu lalu, demikian lapor agensi berita.

Kumpulan al-Shabab yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas al-Qaida mengaku bertanggungjawab berhubung serangan mereka ke atas stesen radio Andalus.

Presiden Somalia, Hassan Sheikh Mohamud berkata lebih 300 cedera dalam serangan pengganas selepas dia melawat lokasi letupan berkenaan, menurut Agensi Berita Nasional Somalia (SONNA).

Beliau menegaskan angka kematian boleh meningkat, “kami akan mengalahkan dan kami sudah mengalahkan kumpulan radikal ini,” katanya.

“Rakyat kita yang dibunuh beramai-ramai termasuk ibu dengan anak dalam pelukan mereka, bapa yang mempunyai masalah kesihatan, pelajar yang dihantar belajar, ahli perniagaan yang bergelut dengan kehidupan keluarga mereka,” kata Presiden Somalia itu.

Dua serangan berasingan dilakukan pengganas dengan kenderaan yang sarat dengan bom di Kementerian Pendidikan Somalia sehingga menyebabkan puluhan mangsa terkorban pada Sabtu lalu, manakala serangan kedua berlaku ketika ambulans tiba membantu mangsa cedera.

Bagaimanapun, tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab atas serangan pengganas itu.

Serangan itu berlaku di tempat sama dengan pengeboman terbesar di Somalia, yang membunuh lebih daripada 500 individu pada bulan sama iaitu pada 2017. 

Sumber: Muslim News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Ibu kota Belgium haramkan pembelian produk Israel

Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.
  • Usul dibawa Ahli Majlis Bandaraya Brussels, Benoit Hellings itu sebulat suara diterima pakai dalam satu undian pada lewat Isnin, lapor agensi berita Anadolu.
  • Usul itu meminta pihak berkuasa tempatan memastikan pembeliannya tidak memberi manfaat kepada syarikat yang operasinya tidak menghormati undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia atau undang-undang alam sekitar.

Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.

Usul dibawa Ahli Majlis Bandaraya Brussels, Benoit Hellings itu sebulat suara diterima pakai dalam satu undian pada lewat Isnin, lapor agensi berita Anadolu.

Usul itu meminta pihak berkuasa tempatan memastikan pembeliannya tidak memberi manfaat kepada syarikat yang operasinya tidak menghormati undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia atau undang-undang alam sekitar.

Kesatuan Eropah (EU) pada 2015 mengeluarkan garis panduan baharu untuk pelabelan produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin yang diduduki.

Di bawah undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah Palestin yang diduduki dianggap sebagai penempatan tidak sah. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending