Antarabangsa
[VIDEO] Lelaki Muslim diseret dan dipukul, niqab ibunya dilucutkan pelampau Hindutva
Seorang lelaki Muslim dan ibu bapanya dipukul dan diseret hampir tiga kilometer oleh sekumpulan pelampau Hindutva ketika dalam perjalanan di India, hanya kerana mereka beragama Islam.
- Seorang lelaki Muslim dan ibubapanya dipukul dan diseret hampir tiga kilometer oleh sekumpulan pelampau Hindutva ketika dalam perjalanan di India, hanya kerana mereka beragama Islam.
- Niqab ibu lelaki itu juga dilucutkan kumpulan pelampau Hindu itu dengan kehadiran beberapa wanita di lokasi kejadian.
- Menerusi akaun Instagram @muslim.daily, video insiden itu menunjukkan seorang lelaki dikenali sebagai Wajid Ali, 23, menceritakan bagaimana beliau dan keluarganya dipukul pelampau Hindutva.
- “Mereka pukul kami hanya kerana kami Muslim. Mereka heret kami hingga dua-tiga kilometer dan pukul kami dengan ganas,” kata lelaki Muslim itu.
INDIA – Seorang lelaki Muslim dan ibu bapanya dipukul dan diseret hampir tiga kilometer oleh sekumpulan pelampau Hindutva ketika dalam perjalanan di India, hanya kerana mereka beragama Islam.
Niqab ibu lelaki itu juga dilucutkan kumpulan pelampau Hindu itu dengan kehadiran beberapa wanita di lokasi kejadian.
Menerusi akaun Instagram @muslim.daily, video insiden itu menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Wajid Ali, 23, menceritakan bagaimana beliau dan keluarganya dipukul kumpulan pelampau Hindu itu.
Insiden itu dipercayai berlaku pada 15 September (tahun tidak dinyatakan) di mana lelaki Muslim itu dan keluarganya dalam perjalanan dari Hari ke Lalgoan.
“Mereka pukul kami hanya kerana kami Muslim. Mereka heret kami dua-tiga kilometer dan pukul kami dengan ganas.
“Kalau polis tak datang, kami dah kena pukul hingga mati,” kata lelaki Muslim itu dalam video terbabit.
Muslim.daily dalam hantaran instagramnya berkata, “Ini berlaku setiap hari di India. Orang Islam dipukul dan dihukum mati kerana hanya Islam. Namun dunia senyap tentang apa yang berlaku di sana.
“Lelaki ini dipukul dan diseret bersama ibubapanya. Ibunya memakai niqab tetapi dilucutkan. Mereka dipukul berjam-jam sebelum polis tiba.
“Inilah yang dilakukan pelampau Hindutva di India dan ini jugalah mereka suka lakukan di luar India, seperti yang kita lihat di Leicester UK minggu lalu,” katanya.
Sumber : Instagram @muslim.daily
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa3 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia