Antarabangsa
Tidak mahu penghantar makanan Muslim, pengguna Swiggy dari Hyderabad, India, dikecam
Baru-baru ini tular di Twitter berhubung seorang pengguna dari Hyderabad di sebuah aplikasi penghantaran makanan, Swiggy, yang tidak mahu makanannya dihantar individu Muslim.

- Tular di laman sosial Twitter mengenai dakwaan seorang pelanggan dari Hyderabad, India, yang tidak mahu penghantar makanan muslim menghantar makanannya melalui aplikasi penghantaran makanan, Swiggy.
- Perkara itu mendapat kecaman dan mencetuskan kemarahan ramai di media sosial dengan ada pihak yang menyifatkan tindakan itu mempunyai unsur ketaksuban.
- “Kami (pekerja penghantar makanan) menghantar makanan untuk semua, sama ada Hindu, Islam, Kristian, Sikh, agama tidak mengajar permusuhan antara satu sama lain,” kata Ketua Organisasi Pekerja dalam Ekonomi Gig, Shaik Salauddin.
NEW DELHI – Baru-baru ini tular di Twitter berhubung seorang pengguna dari Hyderabad di sebuah aplikasi penghantaran makanan, Swiggy, yang tidak mahu makanannya dihantar individu Muslim.
Perkara itu mendapat kecaman dan mencetuskan kemarahan ramai di media sosial dengan ada pihak yang menyifatkan tindakan itu mempunyai unsur ketaksuban.
Berkongsi tangkap layar pesanan kontroversi itu, Ketua Organisasi Pekerja dalam Ekonomi Gig, Shaik Salauddin menggesa platform penghantaran makanan itu mengambil tindakan tegas dan tetap dengan pendirian bahawa penghantar makanan akan menjalankan tugasnya tanpa mengira latar belakang pelanggan.
“Dear @Swiggy, tolong ambil tindakan terhadap permintaan yang boleh menimbulkan ketaksuban. Kami (pekerja penghantar makanan) menghantar makanan untuk semua , sama ada Hindu, Islam, Kristian, Sikh @Swiggy @TGPWU, agama tidak mengajar permusuhan antara satu sama lain,” kata Shaik Salauddin dalam ciapan Twitter dipetik NDTV.
Bagaimanapun, Swiggy masih belum memberi maklum balas berhubung tindakan kontroversi itu.
Ahli Parlimen Kongres dari Karnataka, Karti Chidambaram berkata, “syarikat platform tidak boleh berdiam diri dan melihat pekerja gig menghadapi ketaksuban yang terang-terangan atas nama agama. Apakah tindakan yang akan diambil oleh syarikat tersebut untuk menjaga hak pekerja gig?,” katanya dalam ciapan Twitter.
Sumber: NDTV
Antarabangsa
Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
- Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
- Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
- Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.
Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.
Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.
Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.
Sumber: Buletin TV3
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah