Connect with us

Antarabangsa

Sekumpulan pemuda Hindu mabuk lakukan keganasan terhadap orang Islam di Leicester

Sekumpulan pemuda Hindu dalam keadaan mabuk bertindak melakukan keganasan terhadap orang Islam di Leicester dua minggu lalu, demikian kata aktivis tempatan kepada 5Pillars.

Wartawan TMT

Published

on

Sekumpulan pemuda Hindu mabuk lakukan keganasan terhadap orang Islam di Leicester
Foto: Tangkapan skrin dari kejadian di Leicester minggu lepas.
  • Sekumpulan pemuda Hindu dalam keadaan mabuk bertindak melakukan keganasan terhadap umat Islam di Leicester dua minggu lalu.
  • Ketegangan dikatakan bermula Mei lalu apabila seorang pemuda Islam berusia 19 tahun diserang sekumpulan 30 remaja Hindu di rumahnya.
  • Mangsa dimasukkan ke hospital dan insiden dilaporkan kepada polis, namun pelaku masih belum didakwa.
  • Pada 28 Ogos lalu, selepas perlawanan kriket India menentang Pakistan, sekumpulan lelaki Hindu berarak melalui jalan-jalan di Leicester sambil melaungkan “kematian kepada Pakistan” yang membawa kepada insiden kekacauan.

LEICESTER –  Sekumpulan pemuda Hindu dalam keadaan mabuk bertindak melakukan keganasan terhadap orang Islam di Leicester dua minggu lalu, demikian kata aktivis tempatan kepada 5Pillars.

Ketegangan dikatakan bermula Mei lalu apabila seorang pemuda Islam berusia 19 tahun diserang sekumpulan 30 remaja Hindu, yang turut menyerang seorang lelaki yang cuba melindungi mangsa di rumahnya.

Susulan kejadian itu, mangsa dimasukkan ke hospital. Insiden itu dilaporkan kepada pihak polis, namun pelaku masih belum didakwa. 

Pada 28 Ogos lalu, selepas perlawanan kriket India menentang Pakistan, sekumpulan besar lelaki Hindu berarak melalui jalan-jalan di Leicester sambil melaungkan “kematian kepada Pakistan” yang membawa kepada insiden kekacauan

Seorang lelaki Sikh telah diserang susulan bertindak untuk cuba menghentikan keadaan itu.

Menurut penduduk tempatan, dua minggu lalu, seorang lagi pemuda Muslim berusia 19 tahun diserang sekumpulan lelaki Hindu selepas dia keluar untuk menghisap rokok pada lewat malam.

Insiden itu berlaku selepas satu lagi perlawanan kriket Pakistani-India susulan individu Islam itu didakwa meraikan kemenangan Pakistan dengan membaling telur ke arah orang ramai. Mangsa dilaporkan telah dimasukkan ke hospital. 

Advertisement

Aktivis masyarakat, Majid Freemen berkata, “perkara seperti ini tidak pernah berlaku di kawasan ini, ia sangat mengejutkan. Kumpulan-kumpulan ini sudah lama menimbulkan pelbagai jenis isu, perangai anti sosial seperti kencing di jalanan dan mabuk. Tetapi sekarang mereka menyerang orang Islam.

“Wanita Islam di kawasan itu juga berkata mereka diganggu penganut Hindu dan penduduk tempatan merasakan polis seolah-olah tidak mengambil serius dengan isu terbabit, mereka kecewa dengan pihak berkuasa. 

“Umat Islam dan Hindu telah hidup aman di sini selama bertahun-tahun. Mereka tidak pernah mempunyai sebarang masalah. Tetapi kumpulan anak-anak muda ini mabuk dan memukul orang dan ia menyebabkan perpecahan dalam masyarakat. 

“Jika polis telah melakukan tugas mereka, mereka boleh menanganinya dengan segera. Terdapat kekurangan komunikasi antara masyarakat mengenai apa yang sebenarnya berlaku,” katanya 

Sumber: 5 Pillars

Author

Antarabangsa

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Wartawan TMT

Published

on

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 
Foto: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.
  • Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
  • Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
  • Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
  • Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.

Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.

Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.

Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.

Advertisement

Sumber: Buletin TV3 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending