Connect with us

Terkini

Rosmah dipenjara 10 tahun denda RM970 juta, merayu diberi belas ihsan

Datin Seri Rosmah Mansor dihukum penjara 10 tahun dan denda RM970 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Wartawan TMT

Published

on

Rosmah dipenjara 10 tahun denda RM970 juta, merayu diberi belas ihsan
Foto: Datin Seri Rosmah Mansor, sumber NSTP.
  • Mahkamah Tinggi hari ini, menjatuhkan hukuman itu selepas Datin Seri Rosmah Mansor didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
  • Hukuman penjara berjalan serentak bermula Khamis.
  • Sebelum itu, beliau merayu supaya hukuman ke atasnya diringankan dan memohon mahkamah berbelas ihsan dalam menjatuhkan hukuman.
  • “Kami sedang menanggung sengsara, anak-anak saya sengsara. Tolong lihat saya sebagai seorang wanita yang kini terpaksa memikul tugas seorang bapa. Tolong lebih berperikemanusiaan,” – Datin Seri Rosmah Mansor.
  • Datin Seri Rosmah mempertahankan pendirian beliau tidak pernah meminta rasuah atau menyeleweng wang daripada mana-mana pihak.

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor dihukum penjara 10 tahun dan denda RM970 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Hukuman penjara berjalan serentak bermula Khamis.

Mahkamah turut memerintahkan Datin Seri Rosmah dipenjara 10 tahun jika gagal membayar denda tersebut.

Datin Seri Rosmah yang hadir dengan memakai baju kurung berselendang kuning menangis ketika berucap di hadapan Mohamed Zaini, sejurus sabitan dibaca di hadapannya.

Sebelum itu, beliau merayu supaya hukuman ke atasnya diringankan dan memohon mahkamah supaya berbelas ihsan kepadanya dalam menjatuhkan hukuman.

Katanya, beliau menghormati keputusan hakim Mohamed Zaini Mazlan, bagaimanapun mahu meninggalkan mahkamah dengan memori yang baik terhadap sistem keadilan.

“Tetapi tidak mengapa. Saya memohon belas kasihan dan lebih berperikemanusiaan kepada saya. Jika ini boleh berlaku kepada saya, ia juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, kepada isteri anda, anak anda atau sesiapa sahaja pada masa hadapan.

“Mereka sudah melakukan kepada suami saya supaya kami menanggung sengsara.

“Kami sedang menanggung sengsara, anak-anak saya sengsara. Tolong lihat saya sebagai seorang wanita yang kini terpaksa memikul tugas seorang bapa. Tolong lebih berperikemanusiaan,” katanya ketika diberi peluang untuk merayu agar hukuman diringankan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan pendirian bahawa beliau tidak pernah meminta rasuah atau menyeleweng wang daripada mana-mana pihak.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending