Connect with us

Antarabangsa

Rejim Israel lancar serangan peluru berpandu di Syria

Israel pada malam Rabu melancarkan serangan peluru berpandu di Syria, mengakibatkan kerosakan di lapangan terbang antarabangsa di bandar Aleppo dan kem tentera berhampiran ibu negara Damsyik, kata tentera Syria dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim Israel lancar serangan peluru berpandu di Syria
Foto: Rejim Israel menyerang lapangan terbang di bandar Aleppo.
  • Rejim Israel lancar serangan dengan melepaskan empat peluru berpandu di Syria, Rabu, semalam. 
  • Serangan mengakibatkan kerosakan di lapangan terbang antarabangsa di bandar Aleppo dan kem ketenteraan di ibu negara Damsyik. 
  • Pertahanan udara Syria berjaya memintas beberapa peluru berpandu yang dilepaskan dari Israel.

DAMSYIK – Israel pada malam Rabu melancarkan serangan peluru berpandu di Syria, mengakibatkan kerosakan di lapangan terbang antarabangsa di bandar Aleppo dan kem tentera berhampiran ibu negara Damsyik, kata tentera Syria dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Menurut laporan berita tempatan yang memetik tentera, peluru berpandu Israel yang mengenai lapangan terbang Aleppo datang dari arah seberang Mediterranean.

Hampir sejam kemudian, peluru berpandu yang dilancarkan dari Tasik Tiberias di utara Israel mengenai kem tentera berhampiran Damsyik.

Pertahanan udara Syria berjaya memintas beberapa peluru berpandu yang dilepaskan dari Israel, kata tentera Syria.

Pemantau perang yang berpangkalan di UK, Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, serangan pertama mengenai depot senjata Iran berhampiran lapangan terbang di Aleppo, dan sasaran kedua membedil penempatan tentera di bandar Al-Kiswah, 13 kilometer (km) di selatan Damsyik.

Pemantau perang berkata Israel melepaskan empat peluru berpandu ke arah lapangan terbang dan gudang di sekitarnya, yang dikatakan menyimpan “bekalan peluru berpandu yang menunggu untuk dihantar ke Iran”.

Sumber: Bernama

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan
Foto: Produk kurma dari Israel.
  • Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.
  • Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.
  • Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.
  • Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.
  • “Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.

Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.

Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.

“Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

“Sebahagian besar kurma dijual pada bulan Ramadan dan di mana sahaja mereka (masyarakat Islam) boleh membelinya daripada orang lain, mereka akan cuba menghukum kami,” katanya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan kempen pergerakan Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) dalam usaha mengenakan tekanan ekonomi ke atas syarikat Israel supaya pendudukan haram ditamatkan.

Kumpulan Kempen Solidariti Palestin mengatakan kebanyakan kurma Medjool Israel ditanam di penempatan haram Tebing Barat yang diduduki peneroka haram Israel. 

Kempen-kempen memerangi pendudukan haram sering memberi peringatan supaya pengguna menyemak tempat asal pengeluaran kurma itu sebelum pembelian dilakukan. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending