Terkini
Ramalan banjir besar November ini – MetMalaysia
Ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai bencana banjir besar yang dijangka melanda beberapa negeri pada November ini telah diterima baik oleh semua pihak baik kerajaan atau rakyat termasuk Kementerian Kerja Raya.
- Ramalan MetMalaysia menjangkakan banjir besar akan melanda beberapa negeri Semenanjung menjelang November ini.
- Kementerian Kerja Raya (KKR) juga bersiap sedia menghadapi bencana besar susulan ramalan MetMalaysia.
- Mesyuarat antara agensi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan wakil-wakil setiap negeri akan berlangsung hari ini bagi membincangkan persiapan menghadapi banjir besar ini.
KUALA LUMPUR – Ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai bencana banjir besar yang dijangka melanda beberapa negeri pada November ini telah diterima baik oleh semua pihak baik kerajaan atau rakyat termasuk Kementerian Kerja Raya.
Tidak sampai 2 bulan lagi menjelang November, maka semua persiapan menghadapi banjir telah tersedia. Kementerian Kerja Raya juga turut memastikan semua infrastruktur awam seperti jalan raya dan jambatan selamat digunakan agensi kerajaan dan orang awam pada waktu kecemasan.
Selain itu, KKR akan menyediakan kenderaan kepada pasukan penyelamat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad menyatakan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Nasional yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Sabri Yaakob akan dilakukan hari ini dan akan disertai wakil setiap negeri bagi membincangkan persiapan awal menghadapi bencana itu.
Pihaknya juga sedang menambah jumlah aset dan logistik untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi persediaan awal menangani bencana dan isu kecemasan.
NADMA juga mempunyai 50,000 sukarelawan peringkat komuniti yang terlatih bagi menghadapi bencana dan kecemasan.
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times