Connect with us

Antarabangsa

Pelampau Hindutva cetus kekacauan terhadap komuniti Islam di Leicester?

Kekacauan berskala besar tercetus di Leicester, United Kingdom, pada 17 September lalu susulan ketegangan berlaku antara komuniti Muslim dan Hindu di kawasan terbabit, demikian laporan BBC.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Sumber BBC.
  • Kekacauan berskala besar tercetus di Leicester, United Kingdom, pada 17 September lalu susulan ketegangan berlaku antara komuniti Muslim dan Hindu di kawasan terbabit.
  • Kekacauan membabitkan kelompok lelaki muda dari dua komuniti itu merupakan insiden keganasan terbaru selepas perlawanan kriket India dan Pakistan pada 28 Ogos lalu dengan dua individu ditahan.
  • Insiden keganasan itu dilaporkan berlaku selepas ‘protes tidak dirancang’ oleh beberapa pihak.
  • Di media sosial, insiden keganasan di Leicester itu didakwa dicetuskan kumpulan pelampau Hindu, Hindutva yang ‘mengamuk’ di kawasan komuniti Muslim.
  • Kumpulan itu dikatakan berkumpul beramai-ramai sambil melaungkan slogan Jai Shree Ram (Kemenangan untuk Dewa Rama) di hadapan masjid dan mengganggu orang Islam di kawasan itu sehingga berlaku tindas balas komuniti setempat.

LEICESTER – Kekacauan berskala besar tercetus di Leicester, United Kingdom, pada 17 September lalu susulan ketegangan berlaku antara komuniti Muslim dan Hindu di kawasan terbabit, demikian laporan BBC.

Kekacauan membabitkan kelompok lelaki muda dari dua komuniti itu merupakan insiden keganasan terbaru selepas perlawanan kriket India dan Pakistan pada 28 Ogos lalu. 

Insiden itu berlaku selepas ‘protes tidak dirancang’ oleh beberapa pihak dengan polis  menahan dua individu terbabit.

BBC melaporkan operasi pihak polis akan kekal di kawasan itu untuk beberapa hari mendatang. 

Ahli Persekutuan Pertubuhan Islam di Leicester, Suleman Nagdi berkata, “apa yang kami lihat di jalanan sangat membimbangkan”.

“Sejak perlawanan kriket antara India dan Pakistan, terdapat beberapa isu dan masalah dalam komuniti dan walaupun perlawanan itu mendorong kepada perhimpunan, tetapi kejadian itu tidak pernah menjadi seteruk ini.

“Kami memerlukan ketenangan, gangguan itu perlu dihentikan dan ia perlu dihentikan sekarang. Terdapat beberapa lelaki muda yang sangat tidak berpuas hati sehingga mencetuskan kekacauan,” katanya. 

Wakil dari kuil Hindu dan Jain di Leicester, Sanjiv Patel, berkata kejadian itu sangat menyedihkan dan beliau sangat terkejut dengan insiden kekacauan terbabit. 

“Kami hidup bersama secara aman di bandar ini selama bertahun-tahun tetapi dalam beberapa minggu kebelakangan ini, nampaknya terdapat isu memerlukan perbincangan untuk mencari punca ketidakpuasan hati semua pihak,” katanya. 

Polis Leicestershire mengesahkan menerima banyak laporan mengenai gangguan dan kekacauan di Leicester Timur dan menasihatkan orang ramai tidak melibatkan diri dalam insiden itu.  

Di media sosial, insiden keganasan di Leicester itu didakwa dicetuskan kumpulan pelampau Hindu, Hindutva yang ‘mengamuk’ di kawasan komuniti Muslim.

Pelampau Hindutva di Leicester

Menurut posting Facebook Su Han Wen Shu, kumpulan itu dikatakan berkumpul beramai-ramai sambil melaungkan slogan Jai Shree Ram (Kemenangan untuk Dewa Rama) di hadapan masjid dan mengganggu orang Islam di kawasan itu.

Di India, Jai Shree Ram sering disalahguna kelompok pelampau Hindu dalam kekerasan komunal ke atas individu berlainan kepercayaan agama.

“Mereka pukul orang Islam di sana dan ada dalam kalangan mereka yang cuba melanggar orang Islam dengan kereta, keadaan menjadi huru hara sehingga polis tidak dapat mengawal keadaan tersebut,” katanya. 

Beliau berkata komuniti Islam di Leicester, tidak kira sama ada mereka berbangsa Arab, Somalia, India, Bengali dan Pakistani, semuanya bersatu dan bangkit melawan keganasan golongan Hindutva.

Katanya, komuniti Islam di Leicester bertindak balas dengan membelasah pelampau Hindu yang memukul dan cuba melanggar orang Islam di kawasan itu ekoran rusuhan dicetuskan kelompok terbabit.

“Sekarang barulah golongan Hindutva sedar yang mereka tidak berada di India, di luar negara India, tanpa sokongan Kerajaan BJP India, mereka tidak boleh menindas orang Islam sesuka hati tanpa terima sebarang balasan atas perbuatan mereka,” katanya.

Sumber: BBC  & Facebook Su Han Wen Shu 

Author

Antarabangsa

Jeti pelabuhan sementara $320 juta tentera AS di Gaza ‘pecah’ dibadai ombak kuat

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.
  • Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.
  • Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.

Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Pada ketika ia digunakan, ia dilaporkan menerima kira-kira 1,000 tan metrik makanan. 

Pentagon berkata akan menggantikan jeti itu tetapi tidak menjelaskan bilakah ia akan berlaku. 

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyifatkan pembinaan pelabuhan sementara tentera AS itu merupakan langkah penyelesaian rumit di saat terdapat solusi yang lebih mudah iaitu penghantaran bantuan menerusi laluan darat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending