Connect with us

Antarabangsa

Ketakutan dikejar tentera Israel, kanak-kanak Palestin berusia 7 tahun maut

Seorang kanak-kanak Palestin berusia tujuh tahun, Rayyan Yaser Suleiman meninggal dunia pada Khamis ketika dikejar oleh askar-askar Israel di Tebing Barat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ketakutan dikejar tentera Israel, kanak-kanak Palestin berusia 7 tahun maut
Foto: Rayyan Yaser Suleiman meninggal dunia pada Khamis ketika dikejar oleh askar-askar Israel di Tebing Barat.
  • Rayyan Yaser Suleiman, 7, meninggal dunia ketika dikejar askar Israel.
  • Rayyan maut selepas terjatuh dari tempat tinggi ketika melarikan diri daripada askar-askar Israel yang mengejarnya di perkampungan kawasan Baitulaham Toqou.
  • Rayyan melarikan diri kerana ketakutan akibat tindakan askar-askar Israel mengejarnya bersama murid-murid lain selepas meninggalkan sekolah.
  • Dia dibawa ke hospital itu oleh bapanya selepas jantungnya berhenti manakala usaha-usaha untuk memulihkannya gagal.

RAMALLAH – Seorang kanak-kanak Palestin berusia tujuh tahun, Rayyan Yaser Suleiman meninggal dunia pada Khamis ketika dikejar oleh askar-askar Israel di Tebing Barat.

Menurut pihak Hospital Beit Jala, budak tersebut meninggal dunia selepas terjatuh dari tempat tinggi ketika melarikan diri daripada askar-askar Israel yang mengejarnya di perkampungan kawasan Baitulaham Toqou.

Menurut agensi berita Palestin, WAFA, budak lelaki tersebut dibawa ke hospital itu oleh bapanya selepas jantungnya berhenti manakala usaha-usaha untuk memulihkannya menemui kegagalan.

Pihak hospital itu menyatakan bahawa Rayyan melarikan diri kerana ketakutan akibat tindakan askar-askar Israel mengejarnya bersama murid-murid lain selepas meninggalkan sekolah mereka menyebabkan dia terjatuh dari tempat tinggi.

Bagaimanapun, bapa budak tersebut, Yaser berkata, askar-askar itu mengejar anaknya sehingga ke rumah mereka.

Tambahnya, disebabkan anaknya begitu takut dengan askar-askar Israel, dia cuba melarikan diri tetapi degupan jantungnya berhenti menyebabkan Rayyan meninggal dunia.

Yaser berkata, dia kemudian memasukkan anaknya ke dalam kereta untuk menuju ke hospital tetapi dihalang oleh askar-askar rejim Zionis.

Selepas memeriksa dan mendapati sudah meninggal dunia, mereka membiarkan Yaser membawa anaknya ke hospital itu. – Agensi

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *