Connect with us

Terkini

“Kanak-kanak ‘tidak bernegara’, perlu main bola sepak baru dapat kerakyatan?” – Hannah Yeoh

“Mestikah anak-anak tiada kerakyatan ini bermain bola sepak dahulu sebelum pihak berkuasa prihatin dengan nasib mereka?” soal Hannah Yeoh menerusi Facebooknya hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

“Kanak-kanak ‘tidak bernegara’, perlu main bola sepak baru dapat kerakyatan?” - Hannah Yeoh
Foto: Pemain tengah Sri Pahang FC Lee Andrew Tuck (kiri) dan Hannah Yeoh (kanan).
  • Ia susulan pemain tengah Sri Pahang FC, Lee Andrew Tuck yang berasal dari Halifax, England  itu dilaporkan kini memegang status warganegara Malaysia secara naturalisasi.
  • Disebabkan situasi beginilah dari awal saya menganjurkan penubuhan kementerian untuk kanak-kanak kerana kita mampu (belanja) berbilion untuk kepentingan lelaki, tetapi kedekut untuk melindungi kanak-kanak.
  • “Kanak-kanak ini akan menjadi dewasa dan akan terus mendapat akses tidak sama rata…terutama dalam pendidikan tinggi dan peluang ekonomi,” – kumpulan berkaitan hak kewarganegaraan.

KUALA LUMPUR – “Mestikah anak-anak tiada kerakyatan ini bermain bola sepak dahulu sebelum pihak berkuasa prihatin dengan nasib mereka?” soal Hannah Yeoh menerusi Facebooknya hari ini.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Ia susulan pemain tengah Sri Pahang FC, Lee Andrew Tuck yang berasal dari Halifax, England  itu dilaporkan kini memegang status warganegara Malaysia secara naturalisasi.

Terdahulu, pemain bola sepak lain seperti Liridon Krasniqi, Mohamadou Sumareh dan Guilherme De Paula turut mendapat kerakyatan melalui proses sama.

Menurut Hannah Yeoh, disebabkan situasi beginilah beliau yang juga Ahli Parlimen Segambut dari awal menganjurkan penubuhan kementerian untuk kanak-kanak kerana katanya kita mampu (belanja) berbilion untuk kepentingan lelaki, tetapi kedekut untuk melindungi kanak-kanak.

Ogos tahun lalu, beliau menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar menubuhkan kementerian khas bagi menjaga kesejahteraan kanak-kanak.

Sebelum ini, terdapat sebuah kumpulan berkaitan hak kewarganegaraan turut mempersoalkan mengapa kerakyatan boleh diberi kepada pemain bola sepak sedangkan anak yang salah seorang ibu atau bapanya rakyat Malaysia tidak diberikan kerakyatan.

“Kanak-kanak ini akan menjadi dewasa dan akan terus mendapat akses tidak sama rata…terutama dalam pendidikan tinggi dan peluang ekonomi,” kata kumpulan itu di Twitter sebagai respons kepada pemberian status kerakyatan kepada pemain bola sepak dari Kosovo, Liridon Krasniqi sekitar tahun 2020.

Menurut pengasas bersama Yayasan Chow Kit, Hartini Zainuddin, kanak-kanak tidak bernegara di Malaysia tidak dibenarkan memiliki akaun bank, pasport atau bekerja, selain tiada akses untuk pendidikan.

Pesuruhjaya Kanak-kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal memberitahu Parlimen pada November 2020, Kementerian Dalam Negeri menerima 14,477 permohonan kerakyatan.

Daripada jumlah itu, hanya 45 permohonan diluluskan, manakala 691 ditolak dan selebihnya masih diproses.

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending