Connect with us

Antarabangsa

Ingkar resolusi PBB, Israel terus bina 2000 penempatan haram

Israel berterusan mengingkari resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2016 supaya ia menghentikan serta-merta semua aktiviti penempatan di tanah Palestin yang didudukinya, malah rejim Zionis menggerakkan perancangan untuk membina hampir 2,000 lagi unit kediaman dalam tempoh tiga bulan lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Ingkar resolusi PBB, Israel terus bina 2000 penempatan haram
Foto: Perwakilan PBB Asia Barat, Tor Wennesland.
  • Israel berterusan mengingkari resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2016 supaya ia menghentikan serta-merta semua aktiviti penempatan di tanah Palestin yang didudukinya.
  • Malah rejim Zionis menggerakkan perancangan untuk membina hampir 2,000 lagi unit kediaman dalam tempoh tiga bulan lalu.
  • Perwakilan PBB Asia Barat menekankan perkara itu bahawa Israel tidak mengorak kemajuan dalam perkara terbabit.
  • Ketiadaan proses damai yang bermakna untuk menamatkan pendudukan Israel dan menyelesaikan konflik itu, memburukkan lagi keadaan yang genting di seluruh wilayah Palestin, terutama di Tebing Barat.
  • Perkara tersebut mendorong persepsi bahawa konflik berkenaan tidak boleh diselesaikan.

NEW YORK: Israel berterusan mengingkari resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2016 supaya ia menghentikan serta-merta semua aktiviti penempatan di tanah Palestin yang didudukinya, malah rejim Zionis menggerakkan perancangan untuk membina hampir 2,000 lagi unit kediaman dalam tempoh tiga bulan lalu.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Perwakilan PBB Asia Barat, Tor Wennesland ketika menekankan perkara berkenaan, semalam, memberitahu Majlis itu bahawa Israel tiada mengorak kemajuan dalam perkara terbabit.

Beliau bagaimanapun menyebut beberapa langkah positif yang diambil sepanjang tempoh tiga bulan itu hingga 20 September lalu, termasuk dua kontak antara Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, dengan pegawai atasan Israel pada Julai.

Selain itu, Israel mengeluarkan kira-kira 16,000 permit untuk pekerja dan perniagaan warga Palestin di Gaza, serta peningkatan 1.5 peratus import dan 54 peratus eksport melalui lintasan utama Kerem Shalom dari Israel ke Gaza berbanding purata bulanan, bagi dua suku pertama 2022.

Namun, Wennesland menegaskan: “Kita terus melihat hanya sedikit kemajuan dalam pelaksanaan resolusi itu sejak ia diluluskan pada Disember 2016.”

Beliau memberi amaran, ketiadaan proses damai yang bermakna untuk menamatkan pendudukan Israel dan menyelesaikan konflik itu, memburukkan lagi keadaan yang genting di seluruh wilayah Palestin, terutama di Tebing Barat, selain mendorong persepsi bahawa konflik berkenaan tidak boleh diselesaikan.

Justeru, katanya, Israel dan Palestin kini mesti menentukan bagaimana mereka membayangkan masa depan berkait kemelut itu.

“Perkembangan ketika ini membawa kita ke arah keganasan dan konflik yang berterusan. Inisiatif bermakna diperlukan segera untuk mengubah keadaan itu,” katanya.

Resolusi berkenaan diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB apabila AS dalam minggu-minggu terakhir pentadbiran Presiden Barack Obama ketika itu, berkecuali daripada menggunakan kuasa vetonya untuk menyokong Israel yang juga sekutu lama Washington sebagaimana lazim dilakukan sebelum itu. Begitupun, AS ketika bawah pentadbiran Presiden Donald Trump menentang keras resolusi terbabit.

Duta AS, Linda Thomas-Greenfield semalam memberitahu Majlis itu bahawa pentadbiran Presiden Joe Biden ketika ini menyokong penyelesaian dua negara, sekali gus menggesa kedua-dua pihak Israel dan Palestin bertindak bagi mencatat kemajuan sebenar dalam menangani isu berkenaan.

Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour ketika bercakap kepada pemberita selepas itu pula meminta Majlis Keselamatan untuk memulakan pelaksanaan resolusinya.

“Ia sekarang harus mengusulkan langkah praktikal untuk membuka pintu kepada proses politik yang bermakna bagi memulakan pelaksanaan konsensus global berhubung penyelesaian dua negara,” katanya. 

Sumber: AP News

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan
Foto: Produk kurma dari Israel.
  • Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.
  • Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.
  • Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.
  • Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.
  • “Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.

Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.

Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.

“Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

“Sebahagian besar kurma dijual pada bulan Ramadan dan di mana sahaja mereka (masyarakat Islam) boleh membelinya daripada orang lain, mereka akan cuba menghukum kami,” katanya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan kempen pergerakan Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) dalam usaha mengenakan tekanan ekonomi ke atas syarikat Israel supaya pendudukan haram ditamatkan.

Kumpulan Kempen Solidariti Palestin mengatakan kebanyakan kurma Medjool Israel ditanam di penempatan haram Tebing Barat yang diduduki peneroka haram Israel. 

Kempen-kempen memerangi pendudukan haram sering memberi peringatan supaya pengguna menyemak tempat asal pengeluaran kurma itu sebelum pembelian dilakukan. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending