Connect with us

Terkini

“Hampir 32 tahun memimpin MIC, ia sukar, penuh ujian dan mencabar.” – mendiang Tun S Samy Vellu

Awal pagi ini dunia politik dikejutkan dengan pemergian pemimpin veteran parti kaum India Tun S Samy Vellu yang pernah memegang jawatan Presiden MIC paling lama, iaitu lebih tiga dekad.

Wartawan TMT

Published

on

“Hampir 32 tahun memimpin MIC, ia sukar, penuh ujian dan mencabar." - mendiang Tun S Samy Vellu
Foto: Tan Sri Samy Vellu dalam kenangan.
  • Tun S Samy Vellu, 86, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di ibu negara dan ia disahkan Datuk Seri S. Subramaniam di laman Facebook beliau pada awal pagi tadi.
  • Beliau pernah memegang  jawatan Presiden MIC paling lama, iaitu lebih tiga dekad.
  • Beliau turut memainkan peranan dalam pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan serta pembinaan jambatan Pulau Pinang.
  • Mendiang pernah berkata sepanjang kepimpinannya, MIC telah berjaya mengubah masyarakat India yang mundur menjadi satu kaum dihormati di Malaysia.
  • Datuk Seri S. Subramaniam berpandangan pengorbanan dan sumbangan Samy Vellu kepada masyarakat India di Malaysia tidak boleh dipertikaikan dan harus dikenang sepanjang zaman.

KUALA LUMPUR – Awal pagi ini dunia politik dikejutkan dengan pemergian pemimpin veteran parti kaum India Tun S Samy Vellu yang pernah memegang jawatan Presiden MIC paling lama, iaitu lebih tiga dekad.

Kehilangan mendiang satu tamparan besar buat masyarakat khususnya buat kaum India apabila  Datuk Seri S. Subramaniam berkata pengorbanan dan sumbangan Samy Vellu kepada masyarakat India di negara ini tidak boleh dipertikaikan dan harus dikenang sepanjang zaman.

Pemimpin veteran parti Barisan Nasional (BN) itu merupakan individu terakhir yang meletak jawatan berbanding rakan seangkatannya, antaranya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dilahirkan pada 8 Mac 1936, beliau telah memulakan kerjaya politiknya di usia 23 tahun, iaitu pada tahun 1959. 

Beliau antara nama penting yang telah menyumbang kepada idea mengenai pentingnya Malaysia memiliki satelit sendiri, di mana kemudiannya ia dilancarkan pada 1995.

Semasa menjadi Menteri Kerja Raya, Samy Vellu banyak memainkan peranan dalam membangunkan rangkaian jalan raya dan pengangkutan dalam negara dan atas daya usahanya itu pada 1987, beliau dianugerah ‘International Man of the Year Award oleh The International Road Federation (IPF).

Beliau turut memainkan peranan dalam pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan serta pembinaan jambatan Pulau Pinang.

Dari segi pembangunan kaum India di Malaysia, Samy Vellu banyak membantu dalam bidang pendidikan dan ekonomi serta sosial dan keagamaan.

Dalam bidang pendidikan, beliau merupakan penggerak kepada penubuhan Maju Institute of Educational Development (MIED) dengan memberi geran dan pinjaman kepada 14,600 pelajar, kepada pelajar India yang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, kejuruteraan, ekonomi dan teknologi maklumat.

Dalam bidang pembangunan ekonomi kaum India pula, beliau antara yang terlibat dalam penubuhan Maika Holdings serta Workers Housing Cooperative Society, manakala dari segi sosial, beliau turut terlibat dalam penubuhan Yayasan Strategik Sosial (YSS) dan Yayasan Pemulihan Sosial.

Namun, beliau juga tidak terlepas daripada berhadapan dengan kritikan bahkan beliau turut mengaku di sepanjang era kepimpinannya sebagai presiden MIC adalah  “suatu yang sukar, penuh ujian dan mencabar.”

Pada 2008, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mendakwa Samy Vellu menghalang pemimpin India lain bersuara.

Samy Vellu mengatakan beberapa keputusan yang diambilnya mungkin tidak dapat diterima baik sesetengah pihak. Bagaimanapun, tegasnya tindakan beliau hanya melakukan “apa yang betul” untuk masyarakat dan parti.

Beliau juga pernah membidas individu-individu tertentu kerana memecahbelahkan masyarakat India sehingga membawa kepada pembentukan beberapa parti-parti politik kecil kaum itu.

“Banyak daripada kita sebenarnya bersalah kerana memecahbelahkan kaum India kepada pelbagai kumpulan kecil, tidak penting dan berpecah-pecah yang mendakwa melakukan perjuangan sempit mereka,” katanya ketika itu.

Pada 2010, beliau berkata sepanjang kepimpinannya, MIC telah berjaya mengubah masyarakat India yang mundur menjadi satu kaum dihormati di Malaysia.

Tokoh politik ini pernah menyinari dunia politik Malaysia bukan sahaja dengan jasa beliau namun juga dengan kenyataan-kenyataan beliau yang adakala kedengaran lucu.

Bahkan, beliau pernah menjadi pelakon drama Tamil “Natpu” pada tahun 1954, dan penyampai berita di RTM pada tahun 1964.

Tun S Samy Vellu, 86, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di ibu negara dan ia disahkan Datuk Seri S. Subramaniam di laman Facebook beliau pada awal pagi tadi.

Kita kehilangan seorang lagi tokoh negara.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Berhikmahkah baca ayat al-Quran di hadapan tempat ibadat agama lain?

Beberapa hari lepas tular satu video menunjukkan seorang pelancong asing yang juga pempengaruh membaca petikan ayat al-Quran di sebuah kuil Hindu. 

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Tangkap layar video yang tular menunjukkan seorang pelancong asing yang juga pempengaruh membaca petikan ayat al-Quran di sebuah kuil Hindu. 

Beberapa hari lepas tular satu video menunjukkan seorang pelancong asing yang juga pempengaruh membaca petikan ayat al-Quran di sebuah kuil Hindu. 

Dalam video berkenaan, lelaki itu membaca ayat khusus yang berkaitan teguran Nabi Ibrahim kepada kaumnya yang menyembah berhala dalam Surah al-Anbiyaa’ 21:66-67

Nabi Ibrahim AS berkata: ‘Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu? Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?’” 

Tidak dinafikan apa yang dimaksudkan ayat ini adalah benar dan merupakan fakta dalam ajaran Islam. 

Malah, tiada masalah sekalipun jikalau seseorang Muslim ingin membaca al-Qur’an kerana sememangnya ia perkara yang digalakkan dan diimani setiap Muslim.  

Penulis percaya barangkali niat pempengaruh itu adalah untuk menyampaikan mesej Tawhid dengan membaca petikan ayat al-Qur’an yang khusus menceritakan tentang sindiran Nabi Ibrahim AS kepada pengamal berhala. 

Meskipun niat tersebut mungkin baik, tindakan membaca al-Qur’an di rumah ibadat agama lain adalah tidak sesuai apatah lagi di hadapan patung berhala yang dianggap Tuhan oleh penganut agama terbabit. 

Lebih-lebih lagi, jika tindakan ini bertujuan untuk, konten dan meraih views di media sosial, ia menambahkan lagi ketidak sensitiviti terhadap keagamaan. Tanpa mengetahui realiti setempat, jelas ini bukan dakwah, ini adalah tindakan provokasi yang tidak sepatutnya berlaku.  

Berdakwah biarlah berhikmah 

Setiap daripada kita pasti memiliki pendekatan berdakwah yang pelbagai dalam usaha menarik golongan yang diseru kepada Islam.  

Namun, setiap pendekatan itu juga perlu digariskan mengikut saranan Allah yang menyuruh umat Islam supaya berdakwah secara berhikmah atau bijaksana. 

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.” (Surah an-Nahl 16:125).

Hikmah dalam konteks ayat ini adalah meletakkan setiap sesuatu pada tempatnya dengan panduan akal. 

Sebagaimana  yang dinyatakan Ibnu Hajar dalam Fathul Bari (7/205), “Makna yang paling benar dari Al-Hikmah adalah bahwa Al-Hikmah adalah menempatkan sesuatu pada tempatnya.” 

Sa’id Hawwa pula mengatakan, al-hikmah itu ialah maqalah (pendapat atau perkataan) yang sahih dan jitu, iaitu dalil yang menerangkan kebenaran yang menghilangkan syubhat (kesamaran), atau khitab (ucapan, perkataan atau perbicaraan) yang munasabah kepada setiap golongan manusia berdasarkan kedudukan mereka.

Sebagai contoh, sesuaikah sekiranya kita berdakwah kepada orang bukan Muslim yang asing dan baru pertama kali berjumpa dengan membaca petikan ayat al-Qur’an seperti: 

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu.” (Surah An-Nisa’ 4:56)  

Sememangnya petikan ayat al-Qur’an ini adalah dalil yang sahih. Namun mari kita fikirkan secara logik, adakah bukan Muslim terbabit akan semakin mendekati Islam atau sebaliknya, menjauhi Islam? 

Dan bolehkah pendekatan dakwah sebegini kita katakan sebagai dakwah secara bijaksana yang meletakkannya di tempat yang sepatutnya? 

Sedangkan, kita perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan audiens mengikut konteks sosial dan realiti setempat. Bukan main terjah berdakwah tanpa mengambil tahu latar belakang kepercayaan setempat. 

Dalam usaha berdakwah, amat penting untuk kita sentiasa mempertimbangkan sensitiviti agama lain dan menunjukkan penghormatan kepada kepercayaan mereka. 

“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan.” (Surah Al-An’am 6:108) 

Tetapi, apakah menunjukkan penghormatan kepada kepercayaan mereka bermaksud Muslim menerima kepercayaan mereka? Sudah tentu tidak. Sebabnya jelas, akidah yang berbeza dan prinsip Islam juga jelas iaitu ‘bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku’. 

Pendekatan dakwah yang bijaksana dan penuh hikmah adalah pendekatan yang bukan sahaja mampu menyampaikan mesej Islam dengan lebih efektif, tetapi juga dapat mengukuhkan hubungan kewujudan bersama secara aman dengan penganut agama lain.

Kita harus sentiasa berhati-hati dan bijak dalam memilih cara berdakwah agar mesej yang disampaikan tidak menimbulkan salah faham mahupun ketegangan. – The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending