Connect with us

Antarabangsa

Bantah hubungan cinta berlainan agama, pelampau Hindu rosakkan masjid di Madhya Pradesh

Ketegangan berlaku hujung minggu lalu di sebuah kampung di daerah Dewas, Madhya Pradesh selepas masjid tempatan dirosakkan semasa protes kumpulan pelampau Hindu terhadap hubungan cinta berlainan agama.

Wartawan TMT

Published

on

Bantah hubungan cinta berlainan agama, pelampau Hindu rosakkan masjid di Madhya Pradesh
Foto: Kerosakan pada masjid di Uday Nagar, Madhya Pradesh. Sumber The Wire.
  • Ketegangan berlaku di Kampung Uday Nagar di Dewas, Madhya Pradesh selepas sebuah masjid tempatan dirosakkan semasa protes terhadap hubungan cinta berlainan agama.
  • Ketegangan berlaku sejurus aduan difailkan keluarga seorang wanita dari komuniti Dalit yang dipercayai kahwin lari dengan seorang lelaki Islam.
  • Perusuh didakwa melaungkan kata-kata yang cemuhan berkaitan agama dan perkauman, mengancam orang Islam ‘akan dipotong’ dan bertindak merosakkan Masjid Jama di kampung berkenaan.
  • Laporan maklumat awal (FIR) dibuat di bawah Seksyen 147 atas kesalahan merusuh, Seksyen 452 (menceroboh) dan Seksyen 427 (salah laku menyebabkan kerosakan) di bawah Kanun Keseksaan India.

NEW DELHI – Ketegangan berlaku hujung minggu lalu di sebuah kampung di daerah Dewas, Madhya Pradesh selepas masjid tempatan dirosakkan semasa protes kumpulan pelampau Hindu terhadap hubungan cinta berlainan agama.

Ketegangan di Kampung Uday Nagar dan kawasan sekitarnya itu dipercayai berpunca daripada Saifi (bukan nama sebenar), 20, lelaki Muslim yang kahwin lari dengan pasangannya, Ritika (bukan nama sebenar), 19, dari komuniti Dalit.

Keluarga wanita terbabit dikatakan membuat aduan dan laporan di Balai Polis Uday Nagar yang menyiasat dakwaan itu.

Pada 27 Ogos lalu, penduduk tempatan dilaporkan melaungkan kata-kata cemuhan berkaitan agama dan bertindak merosakkan Masjid Jama di kawasan itu.

Berdasarkan video diperoleh The Wire, laungan dari kumpulan protes jelas didengari bahawa orang Islam “akan dipotong” selain mengajak orang ramai untuk memusnahkan masjid itu.

“Pada 27 Ogos lalu (Sabtu), kumpulan pelampau Hindutva mengepung balai polis. Mereka turut mengadakan perhimpunan dan melaungkan kata-kata cemuhan perkauman. 

“Selepas itu, Masjid Jama kami turut dirosakkan. Tingkap, paip dan kipas masjid dirosakkan termasuk Al-Quran juga dicampak ke lantai. Kedai saya pun diserang,” kata seorang pekedai, Kaifi (bukan nama sebenar).

Penduduk Islam membuat laporan maklumat awal (FIR) di Balai Polis Uday Nagar ekoran kerosakan masjid itu. 

FIR itu didaftarkan di bawah Seksyen 147 atas kesalahan merusuh, Seksyen 452 (menceroboh) dan Seksyen 427 (salah laku menyebabkan kerosakan) di bawah Kanun Keseksaan India.

Menurut FIR, dua individu iaitu Shera Yadav dan Shubham antara yang tertuduh bersama kumpulan 20-25 perusuh lain yang tidak dikenali.

“Terdapat penduduk tempatan dan wakil daripada gabungan organisasi seperti Bajrang Dal dan RSS di dalam kumpulan itu. Shera Yadav dan Shubham masih lagi bebas. 

“Tiada tangkapan yang dibuat dan ini menyumbang kepada kebimbangan di wilayah ini. Ramai yang meninggalkan kawasan buat sementara waktu ini akibat kerisauan,” kata seorang penduduk, Sheikh (bukan nama sebenar).

Sumber: The Wire

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hanya 30-35 peratus pejuang Hamas ‘dihapuskan’ tentera Israel – Sumber Perisikan AS

Hanya sekitar 30 hingga 35 peratus pejuang Hamas dibunuh tentera Israel selepas lebih tujuh bulan operasi ketenteraan rejim di Gaza, lapor Politico dengan memetik sumber perisikan Amerika Syarikat (AS).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hanya sekitar 30 hingga 35 peratus pejuang Hamas dibunuh tentera Israel selepas lebih tujuh bulan operasi ketenteraan rejim di Gaza, lapor Politico dengan memetik sumber perisikan Amerika Syarikat (AS).
  • Majoriti pejuang yang menganggotai gerakan pembebasan Palestin itu sebelum serangan 7 Oktober di selatan Israel masih hidup, walaupun angka kematian di Gaza mencecah lebih 35,000 mangsa yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
  • Sekitar 65 peratus infrastruktur terowong Hamas masih kekal utuh, kata sumber Politico dan ribuan pejuang baharu dikatakan direkrut kumpulan itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
  • Laporan itu datang ketika Washington semakin bimbang terhadap kebolehlaksanaan matlamat Israel yang dinyatakan iaitu untuk menghapuskan kumpulan Palestin itu.
  • Pengerusi Ketua Staf Bersama AS, Jeneral Charles Brown pada Isnin dilaporkan mengkritik strategi Israel di Gaza.
  • Beliau memberi amaran bahawa kegagalan pasukan Israel untuk mengamankan wilayah yang ditawan dan menghapuskan Hamas dari Gaza utara menghalang keupayaannya untuk mencapai objektif ketenteraan.

Hanya sekitar 30 hingga 35 peratus pejuang Hamas dibunuh tentera Israel selepas lebih tujuh bulan operasi ketenteraan rejim di Gaza, lapor Politico dengan memetik sumber perisikan Amerika Syarikat (AS).

Majoriti pejuang yang menganggotai gerakan pembebasan Palestin itu sebelum serangan 7 Oktober di selatan Israel masih hidup, walaupun angka kematian di Gaza mencecah lebih 35,000 mangsa yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Sekitar 65 peratus infrastruktur terowong Hamas masih kekal utuh, kata sumber Politico dan ribuan pejuang baharu dikatakan direkrut kumpulan itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Laporan itu datang ketika Washington semakin bimbang terhadap kebolehlaksanaan matlamat Israel yang dinyatakan iaitu untuk menghapuskan kumpulan Palestin itu.

Pengerusi Ketua Staf Bersama AS, Jeneral Charles Brown pada Isnin dilaporkan mengkritik strategi Israel di Gaza.

Beliau memberi amaran kegagalan pasukan Israel untuk mengamankan wilayah yang ditawan dan menghapuskan Hamas dari Gaza utara menghalang keupayaannya untuk mencapai objektif ketenteraan.

Komentar Brown itu merupakan kritikan jarang didengari daripada tentera AS yang membantu Israel dalam peperangannya ke atas Gaza dengan menyediakan peralatan ketenteraan dan bantuan perisikan.

Kira-kira 128 individu yang ditawan Hamas dan kumpulan pejuang Palestin lain masih kekal di Gaza.

Kerajaan Israel menegaskan tekanan ketenteraan adalah cara terbaik untuk membebaskan tahanan dan menegaskan mereka tidak akan menamatkan peperangan sehingga “menghapuskan” Hamas ketika puluhan tawanan dipercayai maut akibat serangan Israel ke atas Gaza.

Terdapat ketidakpuasan yang semakin meningkat di Israel mengenai status perang Gaza dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu didakwa mengabaikan tawanan warga Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending