Connect with us

Antarabangsa

4,000 dijangkiti HIV/AIDS setiap hari – UNAIDS

Laporan terbaru UNAIDS  bertajuk “In Danger: Unaids Global Aids Update 2022” mendedahkan dunia tidak berada di landasan untuk menamatkan AIDS  sebagai ancaman kesihatan global menjelang 2030.

Wartawan TMT

Published

on

4,000 dijangkiti HIV/AIDS setiap hari - UNAIDS
  • Laporan terbaharu UNAIDS mendedahkan dunia tidak berada di landasan untuk menamatkan AIDS sebagai ancaman kesihatan global menjelang 2030.
  • Jangkaan akan berlaku 1.2 juta jangkitan HIV baharu di seluruh dunia pada 2025 berbanding sasaran 370,000 kes jangkitan HIV.
  • Di peringkat global, jangkitan HIV baharu meningkat di 38 negara sejak 2015.
  • Lebih satu perempat daripada 4,000 individu dijangkiti HIV setiap hari  adalah golongan muda berumur 15-24 tahun.
  • Lebih separuh daripada populasi golongan muda di rantau Asia-Pasifik tidak menerima perkhidmatan pencegahan HIV komprehensif.

Laporan terbaru UNAIDS  bertajuk “In Danger: Unaids Global Aids Update 2022” mendedahkan dunia tidak berada di landasan untuk menamatkan AIDS  sebagai ancaman kesihatan global menjelang 2030.

Ini berikutan pengurangan 3.6 peratus kadar jangkitan HIV baharu di peringkat global pada 2021 adalah kejatuhan tahunan terkecil sejak 2016. 

Unjuran semasa menjangkakan akan berlaku 1.2 juta jangkitan baharu HIV di seluruh dunia pada 2025 iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada sasaran 370,000. 

Di Asia dan Pasifik, rantau paling ramai penduduk di dunia, data terkini UNAIDS menunjukkan jangkitan HIV semakin meningkat, sekaligus menyukarkan sasaran menamatkan AIDS menjelang 2030. 

Di peringkat global, jangkitan HIV baharu meningkat di 38 negara sejak 2015. Di rantau Asia dan Pasifik, Filipina dan Malaysia antara negara yang mengalami peningkatan wabak epidemik itu dalam kalangan populasi utama.

Walaupun rawatan mampu milik untuk mencegah peningkatan kematian disebabkan AIDS disediakan, 650,000 dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit berkaitan AIDS pada tahun lalu dengan 140,000 kes kematian itu berasal dari rantau Asia Pasifik.

Di peringkat global, lebih 1.5 juta individu dijangkiti HIV tahun lalu dengan 4,000 individu dilaporkan dijangkiti HIV setiap hari. Lebih satu perempat daripada mereka adalah golongan muda berumur 15-24 tahun. 

Advertisement

Lebih separuh daripada populasi golongan muda di rantau Asia-Pasifik tidak menerima perkhidmatan pencegahan HIV yang komprehensif.

Sumber : Khmer Times

 

 

Author

Advertisement

Antarabangsa

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam

Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
  • Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
  • Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
  • “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
  • “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.

Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.

Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.

Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.

Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.

Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.

Advertisement

“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.

“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.

Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.

Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending