Connect with us

Antarabangsa

Wanita India bantah pembebasan 11 banduan Hindu rogol seorang wanita Islam, bunuh tujuh ahli keluarga mangsa

Sekumpulan wanita India membanjiri jalan-jalan di New Delhi bagi membantah pembebasan 11 lelaki Hindu yang disabitkan kesalahan merogol seorang wanita Islam dan membunuh tujuh ahli keluarganya ketika rusuhan agama pada 2002.

Wartawan TMT

Published

on

Wanita India bantah pembebasan 11 banduan Hindu rogol seorang wanita Islam, bunuh tujuh ahli keluarga mangsa
Foto: Sumber AP.
  • Sekumpulan wanita India membuat bantahan jalanan terhadap pembebasan 11 lelaki Hindu yang disabitkan kesalahan merogol seorang wanita Islam dan membunuh tujuh ahli keluarganya semasa rusuhan agama pada 2002.
  • Mangsa berkata bahawa keputusan untuk membebaskan lelaki itu menyebabkan dia kelu dan menggoyahkan kepercayaannya terhadap keadilan.
  • Pembebasan banduan-banduan terbabit menimbulkan persoalan mengenai pendirian kerajaan India terhadap wanita di negara itu yang sememangnya terkenal dengan rekod keganasan berasaskan jantina. 
  • Bantahan itu menuntut kerajaan Gujerat membatalkan semula pembebasan 11 lelaki Hindu tersebut dan menghantar mereka ke penjara semula.

NEW DELHI: Sekumpulan wanita India membanjiri jalan-jalan di New Delhi bagi membantah pembebasan 11 lelaki Hindu yang disabitkan kesalahan merogol seorang wanita Islam dan membunuh tujuh ahli keluarganya ketika rusuhan agama pada 2002.

Ketika insiden rusuhan di Gujerat yang mengorbankan lebih 1,000 nyawa, majoritinya orang Islam, Perdana Menteri India, Narendra Modi, adalah ketua menteri negeri terbabit (Gujerat).

Keputusan membebaskan banduan-banduan terbabit yang sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, diumumkan Isnin lalu oleh kerajaan negeri Gujerat.

Ketika itu, mangsa Bilkis Bano berusia 19 tahun sedang mengandung anak keduanya apabila dia dirogol secara kejam dan beramai-ramai oleh pelaku. Tujuh ahli keluarganya pula dibunuh penyerang, termasuk anak perempuannya yang berusia tiga tahun.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh wakil undang-undangnya, Bano berkata keputusan mahkamah membebaskan lelaki-lelaki terbabit menyebabkan dia kelu dan menggoyahkan kepercayaannya terhadap keadilan.

Wanita Islam itu juga merayu kepada kerajaan Gujerat untuk “membatalkan kemudaratan itu” dan mengembalikan “haknya untuk hidup tanpa rasa takut dan aman.”

“Bagaimana keadilan untuk mana-mana wanita boleh berakhir seperti ini? Saya mempercayai mahkamah tertinggi di negara kita,” katanya pada Rabu lalu dipetik Arab News.

Advertisement

“Kesedihan dan iman saya yang goyah ketika ini bukan untuk diri saya sahaja tetapi untuk setiap wanita yang berjuang untuk keadilan di mahkamah,” kata Bano.

Pembebasan banduan-banduan terbabit menimbulkan persoalan mengenai pendirian kerajaan India terhadap wanita di negara itu yang sememangnya terkenal dengan rekod keganasan berasaskan jantina. 

“Kami memberitahu kepada kerajaan bahawa ini bukan perkara yang akan diterima pergerakan wanita dan kami menuntut Kementerian Dalam Negeri India untuk membatalkan pengampunan dibuat kerajaan Gujerat dan hantar banduan-banduan ini ke penjara semula,” katanya Maimoona Molla, wakil dari Persatuan Wanita Demokratik India di tempat bantahan.

“Jika Kementerian Dalam Negeri tidak bertindak, maka Mahkamah Agung mesti mengeluarkan perintah dan mengembalikan maruah wanita sekaligus menjamin keselamatan wanita di India,” katanya.

Kawalpreet Kaur, seorang aktivis dari Persatuan Pelajar India yang  turut membuat bantahan di Delhi berkata, tindakan kerajaan Gujerat membebaskan banduan kes rogol dan pembunuhan itu telah mencetuskan kemarahan dan kekecewaan.

Beliau berkata sebelum ini perdana menteri dalam perutusan Hari Kemerdekaannya menegaskan wanita harus tampil ke depan dan maruah serta kesaksamaan wanita harus dijamin, sejurus selepas itu mereka yang disabitkan dengan jenayah kejam itu dibebaskan. 

Advertisement

Setiausaha Persekutuan Kebangsaan Wanita India, Annie Raja berkata pembebasan 11 banduan itu juga merupakan “demonstrasi terang-terangan fahaman majoriti” dan amaran kepada masyarakat Islam India.

“Ini adalah amaran untuk semua mereka yang membela hak asasi manusia, keadilan, demokrasi dan sekularisme,” kata wanita itu.

Keputusan kerajaan Gujerat itu juga menimbulkan kekecohan dalam kalangan ahli politik India.

K.T. Rama Rao, menteri perindustrian negeri selatan Telangana, menerusi ciapannya di Twitter menyifatkan perintah membebaskan banduan-banduan perogol itu sebagai “memualkan”. 

Beliau juga merayu kepada perdana menteri India untuk campur tangan dan membatalkan perintah kerajaan Gujerat itu dan “membuat pindaan perlu kepada Kanun Keseksaan India dan Kanun Prosedur Jenayah dengan sewajarnya supaya tiada perogol boleh diikat jamin melalui badan kehakiman.”

Sumber : Arab News

Advertisement

Antarabangsa

Piala Dunia 2022: Peminat bola sepak wanita akui pengalaman menarik, lebih ‘selamat’ di Qatar

Rata-rata peminat bola sepak wanita merasakan keselamatan diri mereka lebih terjamin ketika menonton Piala Dunia 2022 di Qatar.

Wartawan TMT

Published

on

Piala Dunia 2022: Peminat bola sepak wanita akui pengalaman menarik, lebih 'selamat' di Qatar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rata-rata peminat bola sepak wanita merasakan keselamatan diri mereka lebih terjamin ketika menonton Piala Dunia 2022 di Qatar.
  • Andrea M, 29, mengakui apa yang digambarkan mengenai negara Timur Tengah oleh media Amerika Syarikat sangat bertentangan dengan norma yang sebenar.
  • Bagi Joy Nkuna, 39, ia sangat berbeza dengan Afrika Selatan, yang disenaraikan sebagai antara negara paling berbahaya bagi pengembara wanita. 
  • Tatiana Lopez, 33, yang mengembara dari Colombia bersama dua rakan wanita berkata lelaki di tempat awam sangat bersopan-santun. 

DOHA – Rata-rata peminat bola sepak wanita merasakan keselamatan diri mereka lebih terjamin ketika menonton Piala Dunia 2022 di Qatar.

Andrea M, 29, bertolak dari New York untuk menonton kejohanan itu selepas meyakinkan rakan dan keluarganya bahawa dia tidak akan melakukan apa-apa yang berisiko semasa kejohanan itu. 

Dia turut mengakui apa yang digambarkan mengenai negara Timur Tengah oleh media Amerika Syarikat sangat bertentangan dengan norma sebenar di sana.

“Gambaran media AS tentang Timur Tengah sangat berbeza daripada apa yang saya alami di sini,” kata Andrea, 29, kepada Al Jazeera menjelaskan rakannya memutuskan untuk tidak pergi ke Qatar. 

Menurut Indeks Jenayah Numbeo, Doha disenaraikan sebagai bandar paling selamat – atau kedua paling selamat – di dunia. 

Bagi Joy Nkuna, 39, ia sangat berbeza dengan negara kelahirannya, Afrika Selatan yang disenaraikan sebagai antara negara paling berbahaya bagi pengembara wanita. 

“Negara saya mempunyai kadar jenayah yang sangat tinggi, terutamanya terhadap wanita,” katanya.

Advertisement

Nkuna berkata dia tidak keluar bersendirian selepas matahari terbenam di negaranya. 

“Dari saat ia menjadi gelap, wanita tidak boleh keluar bersendirian atau mereka akan berada dalam bahaya. 

“Di sini, saya dan anak perempuan saya berjalan-jalan pada pukul 3 pagi dan tiada siapa yang menakut-nakutkan kami, memanggil kami atau memandang kami dengan cara yang akan membuatkan kami berasa tidak selamat,” jelasnya.

Tatiana Lopez, 33, yang mengembara dari Colombia bersama dua rakan wanita, berkata lelaki di tempat awam sangat bersopan-santun. 

“Walaupun pelik melihat lebih ramai lelaki di tempat awam (berbanding wanita) daripada yang biasa saya lihat di Colombia, mereka semua sangat menghormati,” katanya. 

Lopez berkata dia menonton Piala Dunia 2022 tanpa rasa bimbang tentang barang-barangnya.

Advertisement

“Saya sebenarnya boleh membawa beg galas saya di belakang saya, dan menyimpan telefon saya di dalam poket saya kerana saya tahu tiada siapa yang akan merampasnya daripada saya,” luahnya.

Sumber: Al Jazeera

 

Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending