Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] “Yahudi tidak bertanggungjawab atas tindakan jenayah Israel”

Sebuah video Tik Tok berdurasi 36 saat yang dikongsi oleh @africa4palestine di dalam akaun Instagram ‘free.palestine.1948’ memaparkan seorang lelaki Yahudi yang memakai topi berucap dalam Bahasa Inggeris mengatakan bahawa Yahudi tidak bertanggungjawab atas tindakan jenayah Israel, dan keberadaan mereka pada acara tersebut untuk mengisytiharkan agama Yahudi bukan zionisme.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

“Yahudi tidak bertanggungjawab atas tindakan jenayah Israel”
Foto: Tangkapan skrin dari video tersebut.

Sebuah video Tik Tok berdurasi 36 saat yang dikongsi oleh @africa4palestine di dalam akaun Instagram ‘free.palestine.1948’ memaparkan seorang lelaki Yahudi yang memakai topi berucap dalam Bahasa Inggeris mengatakan bahawa Yahudi tidak bertanggungjawab atas tindakan jenayah Israel, dan keberadaan mereka pada acara tersebut untuk mengisytiharkan agama Yahudi bukan zionisme.

Menurutnya, agama Yahudi adalah agama yang suci.Manakala zionisme adalah gerakan nasionalis politik sesat.

Israel juga bukan negeri orang Yahudi. Itu negeri orang Israel.

Beliau turut menegaskan bahawa Israel tidak mewakili orang Yahudi dan tidak bercakap atas nama mereka serta Yahudi tidak bertanggungjawab atas tindakan atau ideologi negara Israel. 

Sebelum ini penasihat kepada Ahli Parlimen Israel, Haneen Zoabi iaitu Yudit Ilany juga pernah menegaskan tindakan kejam rejim Zionis Israel ini tidak boleh diterima oleh ramai penganut Yahudi.

“Saya tidak fikir ini merupakan isu keagamaan. Agama memainkan peranan, tetapi orang Yahudi serta penganutnya yang tinggal di seluruh dunia tidak sama dengan Zionis.

“Penting untuk kita bandingkan antara dua itu. Yahudi yang tinggal di Eropah, Amerika Syarikat, Amerika Selatan serta di beberapa kawasan di Asia tidak bertanggungjawab terhadap kekejaman rejim Zionis,” katanya sebagai reaksi kepada situasi yang berlaku di Palestin ketika ini.

Apa yang berlaku kini menurut beliau melampaui segalanya iaitu isu hak asasi manusia, hak rakyat Palestin terhadap negara, tanah, rumah dan nyawa insan tidak bersalah selain hak kanak-kanak untuk merasai kehidupan yang baik, mengamalkan budaya.

Sumber : Instagram  ‘free.palestine.1948’

 

Author