Connect with us

Antarabangsa

[Video] “Kita dah bunuh lima” – Pemimpin BJP Gyan Dev Ahuja mengaku terbabit pembunuhan orang Islam di India dalam rakaman video

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Rajasthan dari Parti Bharatiya Janata (BJP), Gyan Dev Ahuja mengaku di hadapan kamera yang beliau terbabit dalam pembunuhan lima orang Islam di India.

Wartawan TMT

Published

on

“Kita dah bunuh lima,” kata pemimpin BJP Gyan Dev Ahuja mengaku terbabit pembunuhan orang Islam di India
Foto: yan Dev Ahuja mengaku di hadapan kamera yang beliau terbabit dalam pembunuhan lima orang Islam di India.
  • Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Rajasthan dari Parti Bharatiya Janata (BJP), Gyan Dev Ahuja mengaku di hadapan kamera yang beliau terbabit dalam pembunuhan lima orang Islam di India.
  • Dalam video tular di Instagram, Gyan Dev Ahuja dilihat mengaku pengikutnya terbabit dalam pembunuhan atau apa yang dipanggil sebagai ‘hukuman mati secara terbuka’ membabitkan lima orang Islam di lokasi yang berbeza.
  • “Kita beri mereka (pengikut-pengikutnya) kebebasan (untuk membunuh). Kita akan bebaskan mereka, kita akan jamin mereka juga (jika didakwa),” kata bekas menteri dari parti nasionalis BJP itu.

INDIA – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Rajasthan dari Parti Bharatiya Janata (BJP), Gyan Dev Ahuja mengaku di hadapan kamera yang beliau terbabit dalam pembunuhan lima orang Islam di India.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Menerusi satu video dimuatnaik di Instagram tertera tulisan ‘Hindutva Watch’ yang tular hari ini, Ahuja dilihat mengaku pengikutnya terbabit dalam pembunuhan atau apa yang dipanggil sebagai ‘hukuman mati secara terbuka’ membabitkan lima orang Islam di lokasi yang berbeza.

Hindutva merujuk kepada kumpulan pelampau agama Hindu di India. 

“Setakat ini kita dah bunuh lima (orang Islam). Pertama di Lalvandi kemudian di Bahrod, seterusnya di Virjuka,” katanya kelihatan mencelah perbualan seorang lelaki di dalam video itu yang merujuk kepada kes ‘hukuman mati secara terbuka’ membabitkan dua lelaki Islam iaitu Pehlu Khan dan Rakbar Khan. 

“Kita beri mereka (pengikut-pengikutnya) kebebasan (untuk membunuh). Kita akan bebaskan mereka, kita akan jamin mereka juga (jika didakwa),” kata Ahuja.

Pengakuan dibuat Ahuja berkenaan hukuman mati secara terbuka mendapat perhatian ramai, sekali gus mempersoalkan tindakan bekas menteri dari parti nasionalis Hindu BJP. 

Sebelum ini, dua lelaki Islam iaitu Pehlu Khan dan Rakbar Khan dibunuh ‘samseng lembu’ yang dikaitkan dengan kumpulan pelampau Hindutva, dalam dua insiden berasingan di Alwar dan Lalvandi, Rajasthan pada 2017 dan 2018 kerana dituduh menyeludup lembu.

Pada Julai 2018, Gyan Dev Ahuja memuji tindakan ‘samseng lembu’ yang melakukan hukuman mati secara terbuka (membunuh) individu yang dituduh menyeludup lembu selain mendakwa penyembelihan lembu adalah jenayah lebih besar daripada keganasan. 

Sumber: Instagram

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Antarabangsa

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan
Foto: Produk kurma dari Israel.
  • Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.
  • Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.
  • Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.
  • Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.
  • “Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.

Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.

Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.

“Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

“Sebahagian besar kurma dijual pada bulan Ramadan dan di mana sahaja mereka (masyarakat Islam) boleh membelinya daripada orang lain, mereka akan cuba menghukum kami,” katanya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan kempen pergerakan Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) dalam usaha mengenakan tekanan ekonomi ke atas syarikat Israel supaya pendudukan haram ditamatkan.

Kumpulan Kempen Solidariti Palestin mengatakan kebanyakan kurma Medjool Israel ditanam di penempatan haram Tebing Barat yang diduduki peneroka haram Israel. 

Kempen-kempen memerangi pendudukan haram sering memberi peringatan supaya pengguna menyemak tempat asal pengeluaran kurma itu sebelum pembelian dilakukan. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending