Terkini
Rasuah dan makan babi kedua-duanya berdosa – Mufti Perlis
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan walaupun memakan khinzir berdosa, tetapi lebih teruk jika seseorang itu mengamalkan rasuah.

- Makan babi adalah jelas haram hukumnya sama juga seperti rasuah, iaitu memberi dan menerima rasuah.
- Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan bahawa makan babi semestinya berdosa namun rasuah lagi berdosa besar.
- Perkara ini diterangkan oleh Dr Mohd Asri kerana isu kapal tempur pesisir (LCS) yang hangat di Malaysia baru-baru ini.
SHAH ALAM – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan walaupun memakan khinzir berdosa, tetapi lebih teruk jika seseorang itu mengamalkan rasuah.
Menerusi sedutan ceramahnya yang tular di media sosial, Mohd Asri turut memberikan contoh perbezaan antara kedua-dua perkara terbabit.
“Makan khinzir memang berdosa, haram tanpa syak. Tapi rasuah lagi berdosa besar.
“Makan khinzir kena (minta) taubat ALLAH SWT. Makan rasuah kena taubat minta halal balik kepada semua orang yang terbabit menyebabkan habis susah satu negara,” katanya.
Beliau dalam nada berlapik menerusi ceramahnya itu turut dilihat seolah-olah menyentuh mengenai isu kapal tempur pesisir (LCS) yang kini hangat diperkatakan orang ramai.
“Macam mana dahsyat. Duit RM6 bilion macam RM60. Orang kampung tengok pun tak pernah (RM6 bilion).
“Hilang macam itu sahaja. Itu pun sebahagian manusia ini wallahualam pengikut-pengikut depa (mereka) ini saya tak tahu, saya tak sebut siapa-siapa boleh salam cium tangan,” katanya dengan nada menyindir.
Mohd Asri turut menegaskan jika beliau tidak menyebut tentang perkara itu, siapakah yang akan menyentuh mengenainya.
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah