Antarabangsa
Pemuda Islam selamatkan lima kanak-kanak dalam insiden kebakaran gereja di Mesir
Seorang pemuda Islam Mesir menyelamatkan lima kanak-kanak daripada kebakaran di gereja Abu Sefein di bandar Giza pada Ahad lalu yang mengorbankan 41 orang dan 14 cedera.

- Seorang pemuda Islam, Muhammad Yahya menyelamatkan lima kanak-kanak daripada kebakaran di gereja Abu Sefein di bandar Giza, Mesir pada Ahad lalu.
- Muhammad Yahya juga patah kaki semasa jatuh dalam cubaannya menyelamatkan seorang lelaki tua.
- Kebakaran di gereja itu mengorbankan 44 individu dan 14 cedera.
KAHERAH: Seorang pemuda Islam Mesir menyelamatkan lima kanak-kanak daripada kebakaran di gereja Abu Sefein di bandar Giza pada Ahad lalu yang mengorbankan 41 orang dan 14 cedera.
“Saya segera masuk ke dalam gereja untuk menyelamatkan orang… dan saya menemui banyak kebakaran dan asap,” kata Muhammad Yahya, yang tinggal bersebelahan dan cedera semasa usaha menyelamat itu.
Katanya, beliau bergegas ke gereja kerana mendengar jeritan dari dalam bangunan.
Ketumpatan asap menghalang pernafasan dan penglihatan Yahya, namun beliau terus menanggalkan dan membasahkan bajunya dengan air bagi menutupi hidung untuk menghalang asap.
Beliau cuba menyelamatkan seorang lelaki tua dengan memikulnya di belakang, tetapi tergelincir kerana banyak air digunakan untuk memadamkan api dan mereka berdua jatuh ke tanah.
Yahya patah kaki semasa jatuh dan dibawa ke hospital.
Beliau dikunjungi paderi untuk memeriksa keadaan kesihatannya, sekaligus mengucapkan terima kasih atas keberaniannya.
Sumber: Arab News
Antarabangsa
Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

- Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
- Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
- Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
- “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
- “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.
GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.
Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.
Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.
Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.
Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.
Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.
Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.
Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI
Sumber: Berita Harian
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel