Connect with us

Terkini

Pemandu mabuk rempuh 7 kenderaan, larikan sebuah kereta ditahan polis

Seorang pemandu kereta dipercayai di bawah pengaruh alkohol bukan sahaja langgar tujuh kereta di beberapa lokasi berbeza, malah turut melarikan sebuah kereta yang dilanggarnya sebelum ditahan di sebuah stesen minyak di Saleng, Kulai, Johor, malam tadi.

Wartawan TMT

Published

on

Pemandu mabuk rempuh 7 kenderaan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Suspek warga tempatan berusia 38 tahun memandu kenderaan Toyota Hilux telah ditahan  di sebuah stesen minyak di Saleng, Kulai, Johor, malam tadi.
  • “Selepas merempuh tujuh kenderaan, suspek berhenti di tepi jalan sebelum melarikan sebuah Perodua Axia yang dirempuhnya dan menuju ke arah stesen minyak Petronas Saleng, Kulai,” – Ketua Polis Kulai, Tok Beng Yeow.
  • Tiada sebarang kecederaan dilaporkan terhadap suspek ataupun mangsa.
  • “Ujian hembusan nafas dijalankan ke atas suspek mendapati dia positif alkohol, manakala ujian saringan air kencing, dia negatif dadah.” 
  • Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai dan direman tiga hari bermula hari ini.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan 379A Kanun Keseksaan, Seksyen 42 dan Seksyen 454 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2000).

PETALING JAYA: Seorang pemandu kereta dipercayai di bawah pengaruh alkohol bukan sahaja langgar tujuh kereta di beberapa lokasi berbeza, malah turut melarikan sebuah kereta yang dilanggarnya sebelum ditahan di sebuah stesen minyak di Saleng, Kulai, Johor, malam tadi.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Memetik Free Malaysia Today, kejadian berlaku apabila suspek berusia 38 tahun yang memandu Toyota Hilux, dari arah Johor Premium Outlet (JPO), Jalan Persiaran Indahpura bertindak merempuh lima kereta.

Sumber IPD Kulai

Ketua Polis Kulai, Tok Beng Yeow berkata, suspek yang difahamkan seorang warga tempatan seterusnya memandu ke arah Lebuhraya Linkedua dan memasuki Lebuhraya Johor Bahru-Air Hitam sebelum merempuh bahagian belakang dua lagi kereta.

“Selepas merempuh tujuh kenderaan, suspek berhenti di tepi jalan sebelum melarikan sebuah Perodua Axia yang dirempuhnya dan menuju ke arah stesen minyak Petronas Saleng, Kulai.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan terhadap suspek ataupun mangsa dalam kejadian itu,” katanya di Facebook.

Tok berkata, anggota unit kereta peronda polis (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai sedang melakukan rondaan, sebelum menerima maklumat kejadian pada 7.30 malam.

“Susulan kejadian itu, polis menahan suspek dan dibawa ke IPD Kulai untuk tindakan lanjut.

“Ujian hembusan nafas dijalankan ke atas suspek mendapati dia positif alkohol, manakala ujian saringan air kencing, dia negatif dadah,” katanya.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai dan direman tiga hari bermula hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan 379A Kanun Keseksaan, Seksyen 42 dan Seksyen 454 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2000),” katanya.

Sumber : Free Malaysia Today

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending