Connect with us

Terkini

Oktoberfest umpama galakan kepada masyarakat Malaysia untuk minum arak

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan menegaskan penganjuran festival arak, ‘Oktoberfest’ mampu meruntuhkan budaya harmoni serta menyuburkan persengketaan.

Wartawan TMT

Published

on

nasrudin hassan
Foto: Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan.
  • Penganjuran festival arak ‘Oktoberfest’ mampu runtuhkan budaya harmoni serta menyuburkan persengketaan, kata Yang Dipertua YADIM, Nasrudin Hassan.
  • Islam tidak menghalang individu bukan Islam minum arak, namun apabila ia difestivalkan acara meminumnya secara terbuka, ia bererti satu promosi dan galakan kepada masyarakat Malaysia untuk minum arak.
  • Festival arak bukan sahaja tidak sesuai, malah mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
  • Arak mendorong kepada keganasan rumah tangga, pemandu mabuk jadi pembunuh kejam di jalan raya, punca penyakit kronik, pencetus maksiat dan sebagainya.
  • “Saya pernah terbaca satu laporan beberapa tahun lalu yang menyebut bahawa Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan bahawa arak adalah lebih bahaya berbanding pengganas kerana lebih tiga juta manusia mati kerananya di seluruh dunia,” kata Nasrudin.

SHAH ALAM – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan menegaskan penganjuran festival arak, ‘Oktoberfest’ mampu meruntuhkan budaya harmoni serta menyuburkan persengketaan.

Nasrudin berkata, minuman keras bukan sahaja tidak membina akal yang sihat dan minda cerdas sebaliknya melumpuhkan daya fikir.

“Islam merupakan agama yang tidak membenarkan penganutnya membeli, menjual, menyedia dan meminum arak kerana boleh memabukkan serta melumpuhkan daya fikir.

“Islam tidak pernah menghalang individu bukan Islam jika agamanya membenarkan meminum arak, namun berbeza dengan pesta arak yang dirayakan secara terbuka seperti Oktoberfest.

“Apabila arak difestivalkan acara meminumnya di negara ini, ia bererti satu promosi dan galakan kepada masyarakat Malaysia untuk minum arak,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook pada Selasa.

Nasrudin yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat menegaskan, Malaysia meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Menurutnya, festival arak tersebut bukan sahaja tidak sesuai malah mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Katanya, arak itu sendiri menjadi pembuka pintu masuk kejahatan dalam negara ini sekali gus mampu meruntuhkan peradaban manusia dan tamadun negara.

“Arak mendorong kepada keganasan rumah tangga, pemandu mabuk menjadi pembunuh kejam di jalan raya, punca penyakit kronik, pencetus kepada maksiat dan sebagainya.

“Saya pernah terbaca satu laporan beberapa tahun lalu yang menyebut bahawa Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan bahawa arak adalah lebih bahaya berbanding pengganas kerana lebih tiga juta manusia mati kerananya di seluruh dunia.

“Lantaran itu, kenapa arak mahu dipesta-pestakan kalau tidak mereka mahu menjadi agen meruntuhkan tamadun dan merosakkan nilai peribadi masyarakat,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

 

Author

Antarabangsa

Lebih 2,000 terbunuh di Lubnan akibat serangan Israel

Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.
  • Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata dalam tempoh 24 jam lalu 36 orang terbunuh dan 150 yang lain cedera.
  • “Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 137 serangan udara telah direkodkan, menjadikan jumlah serangan sejak permulaan pencerobohan kepada 9,400 (serangan udara).
  • “990 pusat telah dibuka untuk menempatkan orang yang berpindah, di mana 781 pusat telah mencapai kapasiti maksimum mereka, dengan 181,700 individu yang dipindahkan telah didaftarkan di tempat perlindungan,” kata Menteri Alam Sekitar Nasser Yassin dalam kenyataan berasingan dipetik agensi berita Anadolu.

Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata dalam tempoh 24 jam lalu 36 orang terbunuh dan 150 yang lain cedera.

“Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 137 serangan udara telah direkodkan, menjadikan jumlah serangan sejak permulaan pencerobohan kepada 9,400 (serangan udara).

“990 pusat telah dibuka untuk menempatkan orang yang berpindah, di mana 781 pusat telah mencapai kapasiti maksimum mereka, dengan 181,700 individu yang dipindahkan telah didaftarkan di tempat perlindungan,” kata Menteri Alam Sekitar Lubnan, Nasser Yassin dalam kenyataan berasingan dipetik agensi berita Anadolu.

“Jawatankuasa kecemasan kementerian akan bertanggungjawab menerima bantuan antarabangsa dan mengagihkannya kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal di seluruh wilayah, melalui mekanisme yang jelas dan telus,” kata menteri itu.

Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Lubnan terhadap apa yang didakwa rejim zionis itu sebagai sasaran Hizbullah sejak 23 September lalu, membunuh lebih 1,250 orang dan mencederakan 3,618 yang lain.

Kempen serangan udara itu adalah peningkatan dalam peperangan rentas sempadan antara Israel dan Hizbullah sejak permulaan tindakan genosid Tel Aviv di Gaza yang telah membunuh hampir 42,000 orang, majoritinya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan balas Hamas ke atas Israel tahun lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending