Antarabangsa
Lelaki gay positif cacar monyet, Covid-19, HIV serentak
Seorang lelaki dari Itali melakukan hubungan seks sejenis diuji oleh para saintis dan didapati positif cacar monyet, Covid-19 dan virus kurang imun (HIV) secara serentak di mana ia merupakan kes pertama dilaporkan berlaku.
- Ia diuji oleh para saintis dan merupakan kes pertama dilaporkan berlaku.
- Lelaki, 36, mula mengalami beberapa gejala termasuk keletihan, demam dan sakit tekak, sembilan hari selepas pulang dari Sepanyol di mana dia menghabiskan lima hari di Sepanyol dari 16 hingga 20 Jun lalu, dan melakukan hubungan seks sejenis tanpa perlindungan.
- 2 Julai lalu, dia diuji positif Covid-19 sebelum pada 5 Julai vesikel mula merebak dan menjadi ‘pustula’ (benjol bernanah pada kulit).
- Dia kemudian diuji positif cacar monyet sebelum disahkan dijangkiti HIV-1 setelah menjalani beberapa ujian saringan penyakit kelamin.
ROM – Seorang lelaki dari Itali melakukan hubungan seks sejenis diuji oleh para saintis dan didapati positif cacar monyet, Covid-19 dan virus kurang imun (HIV) secara serentak di mana ia merupakan kes pertama dilaporkan berlaku.
Awal tahun ini, lelaki berusia 36 tahun itu mula mengalami beberapa gejala termasuk keletihan, demam dan sakit tekak, sembilan hari selepas pulang dari Sepanyol.
Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu menghabiskan lima hari di Sepanyol dari 16 hingga 20 Jun lalu, di mana dia melakukan hubungan seks sejenis tanpa perlindungan.
Pada 2 Julai lalu, dia diuji positif Covid-19, demikian menurut laporan kajian kes yang diterbitkan dalam Journal of Infection.
Waktu petang pada hari yang sama, gejala ruam mula menular pada lengan kirinya dengan keesokan harinya, vesikel kecil dan menyakitkan yang dikelilingi oleh ruam muncul pada tubuh, bahagian bawah badan, muka dan punggungnya.
Menjelang 5 Julai, vesikel itu mula merebak dan menjadi ‘pustula’ (benjol bernanah pada kulit). Lelaki berkenaan pergi ke jabatan kecemasan sebuah hospital dan kemudian dipindahkan ke unit Penyakit Berjangkit.
Dia kemudian diuji positif cacar monyet sebelum disahkan dijangkiti HIV-1 setelah menjalani beberapa ujian saringan penyakit kelamin.
Para penyelidik berkata bahawa berdasarkan kiraan CD4 pesakit tersebut (ukuran sistem imun), jangkitan itu diandaikan agak baharu.
Selepas pulih daripada Covid-19 dan cacar monyet, dia dibenarkan keluar dari hospital pada 11 Julai lalu dan dihantar pulang untuk dikuarantin.
Pada 24 Julai, Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penularan cacar monyet sebagai darurat kesihatan global, amaran tahap tertingginya.
Tidak lama selepas itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa golongan lelaki yang melakukan hubungan sejenis mengehadkan bilangan pasangan mereka berikutan peningkatan mendadak kes cacar monyet.
Ini berikutan, satu kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine mendapati 98 peratus individu yang dijangkiti merupakan lelaki gay atau biseksual, manakala 95 peratus kes berjangkit melalui hubungan seks.
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Antarabangsa1 day ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia