Connect with us

Antarabangsa

Israel mengaku bunuh lima kanak-kanak Palestin

Israel mengakui membunuh lima kanak-kanak Palestin dalam satu serbuan udara semasa serangan tiga hari di Semenanjung Gaza baru-baru ini, lapor Agensi Anadolu, memetik laporan media Israel pada Selasa.

Wartawan TMT

Published

on

Israel mengaku bunuh lima kanak-kanak Palestin
Foto: Sumber AP.
  • Serangan di semenanjung Gaza baru-baru ini telah meragut lima kanak-kanak Palestin dalam satu serbuan udara. 
  • Pegawai Kementerian Pertahanan mengesahkan Israel bertanggungjawab dalam insiden itu, yang berlaku pada 7 Ogos di sebuah tanah perkuburan di kawasan Jabaliya, utara Gaza.
  • Terdahulu, dakwaan awal dilakukan dengan menyalahkan kumpulan Jihad Islam Palestin atas insiden itu.
  • Sebanyak 49 rakyat Palestin, termasuk 17 kanak-kanak dan empat wanita, terbunuh, manakala lebih 360 yang lain cedera dalam serangan itu.

BAITULMAQDIS: Israel mengakui membunuh lima kanak-kanak Palestin dalam satu serbuan udara semasa serangan tiga hari di Semenanjung Gaza baru-baru ini, lapor Agensi Anadolu, memetik laporan media Israel pada Selasa.

Pegawai Kementerian Pertahanan mengesahkan Israel bertanggungjawab dalam insiden itu, yang berlaku pada 7 Ogos di sebuah tanah perkuburan di kawasan Jabaliya, utara Gaza, yang membawa kepada “kematian lima kanak-kanak kecil pada hari terakhir serangan baru-baru ini,” menurut Harian Haaretz.

Dakwaan awal telah menyalahkan kumpulan Jihad Islam Palestin atas insiden itu selepas pelancaran roket yang gagal mendarat kembali ke dalam Gaza.

Pesawat perang Israel melancarkan serangan udara terhadap sasaran di Gaza pada 5 Ogos, dengan menyatakan “ancaman serangan yang akan berlaku” oleh kumpulan Jihad Islam berikutan peningkatan ketegangan di seluruh wilayah Palestin.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 49 rakyat Palestin, termasuk 17 kanak-kanak dan empat wanita, terbunuh, manakala lebih 360 yang lain cedera dalam serangan itu.

Sumber: Bernama 

Author

Antarabangsa

Modi mengaku diutus tuhan

Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau yakin dirinya tidak dilahirkan secara biologi dan beliau diutuskan tuhan untuk melakukan kerja-kerjanya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.
  • Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau yakin dirinya tidak dilahirkan secara biologi dan beliau diutuskan tuhan untuk melakukan kerja-kerjanya.
  • Modi dilaporkan berkata demikian ketika berkempen untuk Parti Bharatiya Janata (BJP) di Basti, Uttar Pradesh pada 22 Mei lalu.
  • “Ketika ibu saya masih hidup, saya percaya saya dilahirkan secara biologi. Selepas ibu meninggal dunia, merenung pengalaman saya, saya yakin bahawa tuhan telah menghantar saya. 
  • “Tenaga ini bukan dari tubuh biologi saya tetapi diberikan oleh tuhan. Saya percaya tuhan telah memberikan saya kebolehan, inspirasi dan niat yang baik dengan tujuan. 
  • “Saya hanyalah alat, dan setiap kali saya melakukan apa-apa, saya rasa dibimbing oleh tuhan.” Inilah respons kepada soalan utama dari lima tahun lalu, “Mengapa kamu tidak keletihan?,” kata Modi kepada News18 dipetik Free Press Kashmir.
  • Modi dilaporkan berusaha untuk menaikkan imejnya dengan dakwaan mereka mengundinya akan mendapat manfaat daripada kerja baik yang akan dilakukannya.
  • “Perdana Menteri (Modi) yang akan tamat tempoh ini nampaknya fikir dia adalah tuhan. Ini adalah tahap khayalan dan keangkuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Ketua Media Kongres, MP Jairam Ramesh.

Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau yakin dirinya tidak dilahirkan secara biologi dan beliau diutuskan tuhan untuk melakukan kerja-kerjanya.

Modi dilaporkan berkata demikian ketika berkempen untuk Parti Bharatiya Janata (BJP) di Basti, Uttar Pradesh pada 22 Mei lalu.

Free Press Kashmir melaporkan Modi berusaha untuk menaikkan imejnya dengan dakwaan mereka mengundinya akan mendapat manfaat daripada kerja baik yang akan dilakukannya.

Dalam temu bual dengan News18 pada 14 Mei lalu, sebelum memfailkan kertas pencalonan Lok Sabha (Dewan Rakyat India) bagi kawasan Varanasi, Modi membuat kenyataan mengaitkan hubungan ketuhanan membabitkan dirinya.

“Ketika ibu saya masih hidup, saya percaya saya dilahirkan secara biologi. Selepas ibu meninggal dunia, merenung pengalaman saya, saya yakin bahawa tuhan telah menghantar saya. 

“Tenaga ini bukan dari tubuh biologi saya tetapi diberikan oleh tuhan. Saya percaya tuhan telah memberikan saya kebolehan, inspirasi dan niat yang baik dengan tujuan. 

“Saya hanyalah alat, dan setiap kali saya melakukan apa-apa, saya rasa dibimbing oleh tuhan.” Inilah respons kepada soalan utama dari lima tahun lalu, “Mengapa kamu tidak keletihan?,” kata Modi kepada News18 dipetik Free Press Kashmir.

Modi sebelum ini menyebut dirinya sebahagian daripada rancangan tuhan, tetapi komen dibuat dalam tempoh kempen pilihan raya yang semakin sengit menarik perhatian ramai.

Ketua Media Kongres, MP Jairam Ramesh mengkritik kenyataan Modi dan menyifatkannya sebagai cerminan “khayalan dan keangkuhan yang belum pernah berlaku sebelum ini”, mencadangkan perkara itu sebagai indikasi kekalahannya akan datang. 

“Perdana Menteri yang akan tamat tempoh ini nampaknya fikir dia adalah tuhan. Ini adalah tahap khayalan dan keangkuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Ramesh. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending