Connect with us

Antarabangsa

Hina Nabi Muhammad SAW, wanita Islam turun protes bantah ahli politik nasionalis Hindu BJP

Sekumpulan wanita Islam mengadakan protes bantahan terhadap ahli politik dari Parti Bharatiya Janata (BJP), Thakur Raja Singh di Patung Ambedkar, Tank Bund semalam kerana mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW dan umat Islam.

Wartawan TMT

Published

on

Hina Nabi Muhammad SAW, wanita Islam turun protes bantah ahli politik nasionalis Hindu BJP
Foto: Sumber Ramakrishna G, The Hindu.
  • Sekumpulan wanita Islam membuat protes susulan menentang kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW dan umat Islam yang dibuat ahli politik BJP, Thakur Raja Singh.
  • Aktivis tuntut kerajaan ambil tindakan terhadap kebencian dalam politik berhaluan kanan dan meminta polis lebih tegas menjaga keharmonian di India.
  • Penahanan tanpa mengikut prosedur sewajarnya dan kemudian (individu terbabit) dibebaskan mencerminkan sikap tidak serius polis dalam membendung ucapan kebencian itu, kata aktivis.
  • Dalam satu hantaran video di media sosial pada Isnin lalu, Raja Singh bercakap mengenai perkara yang terlalu sensitif dan menyinggung perasaan orang Islam dengan rujukan jelas kepada Nabi Muhammad SAW.

INDIA – Sekumpulan wanita Islam mengadakan protes bantahan terhadap ahli politik dari Parti Bharatiya Janata (BJP), Thakur Raja Singh di Patung Ambedkar, Tank Bund semalam kerana mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW dan umat Islam.

Aktivis, Khaleeda Parveen dan Kaneez Fathima menuntut Kerajaan India mengambil tindakan tegas terhadap kebencian yang disebarkan politik berhaluan kanan dan menuntut polis bersikap lebih tegas supaya keamanan dan keharmonian di Telangana tidak tergugat.

Mereka mengingatkan bahawa ini bukanlah kali pertama penggubal undang-undang digantung kerana mengeluarkan ucapan kebencian dan hasutan.

Penahanan tanpa mengikut prosedur sewajarnya dan kemudian (individu terbabit) dibebaskan mencerminkan sikap tidak serius polis dalam membendung ucapan kebencian itu, kata aktivis terbabit menerusi nota bantahan.

Selasa lalu, polis menahan Thakur Raja Singh, seorang ahli parlimen di negeri selatan Telangana, beberapa bulan selepas parti nasionalis berhaluan kanan BJP menggantung jurucakapnya yang menghina Nabi Muhammad SAW, sekali gus menyaksikan  tindak balas diplomatik terhadap India.

Dalam satu hantaran video di media sosial pada Isnin lalu, Raja Singh bercakap mengenai perkara yang terlalu sensitif dan menyinggung perasaan orang Islam dengan rujukan jelas kepada Nabi Muhammad SAW.

Sumber: The Hindu 

Advertisement

Author

Antarabangsa

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Wartawan TMT

Published

on

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Foto: Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah,.
  • Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
  • Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
  • Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
  • “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
  • Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.

Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”

“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.

Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”. 

Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.

Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Advertisement

Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan. 
Sumber: Anadolu Ajansı

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending