Connect with us

Antarabangsa

Empat lelaki Islam dibunuh di New Mexico dalam tempoh sembilan bulan

Pihak Polis New Mexico dan agensi persekutuan menjalankan siasatan terhadap pembunuhan seorang lelaki Islam untuk menentukan sama ada pembunuhan tersebut ada kaitan dengan kejadian terdahulu di mana gabenor negeri menyifatkannya sebagai ‘pembunuhan disasarkan’. 

Wartawan TMT

Published

on

Polis New Mexico
Foto: AGENSI
  • Pihak Polis New Mexico dan agensi persekutuan menyiasat pembunuhan seorang lelaki Islam untuk menentukan sama ada pembunuhan tersebut ada kaitan dengan kejadian terdahulu di mana gabenor negeri menyifatkannya sebagai ‘pembunuhan disasarkan’. 
  • Menurut polis berdasarkan tiga kes sebelum ini, mangsa diserang hendap dan ditembak tanpa amaran.
  • Mereka dibunuh dalam tempoh sembilan bulan lalu, menjadi sasaran disebabkan agama dan bangsa mereka. 
  • Gabenor New Mexico, Michelle Lujan Grisham berkata pembunuhan disasarkan ke atas penduduk Islam di Albuquerque mencetuskan kemarahan dan tidak dapat dibendung sepenuhnya, selain mengerahkan tambahan pegawai polis negeri ke situ untuk membantu siasatan.

WASHINGTON: Pihak Polis New Mexico dan agensi persekutuan menjalankan siasatan terhadap pembunuhan seorang lelaki Islam untuk menentukan sama ada pembunuhan tersebut ada kaitan dengan kejadian terdahulu di mana gabenor negeri menyifatkannya sebagai ‘pembunuhan disasarkan’. 

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Ketua Polis Albuquerque, Harold Medina, berkata pada Sabtu bahawa seorang ‘lelaki muda yang juga sebahagian daripada masyarakat Islam dibunuh’. 

Medina berkata, pembunuhan kelmarin itu mungkin ada kaitan dengan tiga pembunuhan sebelum ini. 

Berita Harian melaporkan identiti mangsa dan keadaan pembunuhan itu bagaimanapun tidak didedahkan, memetik Reuters. 

Menurut polis berdasarkan tiga kes sebelum ini, mangsa diserang hendap dan ditembak tanpa amaran.

Polis di New Mexico sebelum ini berkata, tiga lagi lelaki Islam dibunuh di bandar terbesar di negeri itu dalam tempoh sembilan bulan lalu, menjadi sasaran disebabkan agama dan bangsa mereka. 

Gabenor New Mexico, Michelle Lujan Grisham menerusi ciapannya pada Sabtu, berkata pembunuhan disasarkan ke atas penduduk Islam di Albuquerque mencetuskan kemarahan dan tidak dapat dibendung sepenuhnya, selain mengerahkan tambahan pegawai polis negeri ke situ untuk membantu siasatan. 

Dua daripada lelaki dibunuh itu adalah ahli masjid yang sama, masing-masing ditembak di Albuquerque, pada akhir Julai lalu dan awal Ogos. 

Polis berkata, kematian mereka ‘mungkin’ dikaitkan dengan pembunuhan seorang pendatang Afghanistan, November lalu. 

Pengarah perancangan bandar Espanola, Muhammad Afzaal Hussain, 27, datang ke Amerika Syarikat (AS) dari Pakistan, ditembak mati di luar kompleks pangsapuri Albuquerque, Isnin lalu, manakala Aftab Hussein, 41, ditemui mati akibat luka tembakan berhampiran daerah antarabangsa Albuquerque, pada 26 Julai lalu. 

Kematian itu berkemungkinan dikaitkan dengan pembunuhan Mohammad Ahmadi, 62, di tempat letak kereta di tepi pasar raya dan kafe halal pada 7 November 2021, kata polis. 

Polis New Mexico, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Perkhidmatan Marshal AS adalah antara beberapa agensi terbabit dalam siasatan pembunuhan itu.

Sumber : Berita Harian / REUTERS

 

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Antarabangsa

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan
Foto: Produk kurma dari Israel.
  • Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.
  • Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.
  • Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.
  • Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.
  • “Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.

Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.

Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.

“Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

“Sebahagian besar kurma dijual pada bulan Ramadan dan di mana sahaja mereka (masyarakat Islam) boleh membelinya daripada orang lain, mereka akan cuba menghukum kami,” katanya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan kempen pergerakan Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) dalam usaha mengenakan tekanan ekonomi ke atas syarikat Israel supaya pendudukan haram ditamatkan.

Kumpulan Kempen Solidariti Palestin mengatakan kebanyakan kurma Medjool Israel ditanam di penempatan haram Tebing Barat yang diduduki peneroka haram Israel. 

Kempen-kempen memerangi pendudukan haram sering memberi peringatan supaya pengguna menyemak tempat asal pengeluaran kurma itu sebelum pembelian dilakukan. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending