Connect with us

Terkini

Ancaman terhadap Ketua Hakim Negara disiasat segera

Sebarang elemen ugutan atau ancaman terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat akan dijalankan siasatan dengan segera.

Wartawan TMT

Published

on

Ancaman terhadap Ketua Hakim Negara disiasat segera
Foto: Hantaran milik seorang individu yang dikesan berbaur ugutan di Facebook pada Jumaat, sumber Sinar Harian.
  • PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) akan mengesan sebarang ancaman atau ugutan terhadap Tengku Maimun di dalam pelbagai medium laman sosial, termasuk aplikasi Twitter dan Facebook sejak tengah malam tadi.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, biarpun belum terdapat sebarang laporan yang dibuat namun perkara itu adalah satu isu yang serius.
  • PDRM  sama sekali tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu melibatkan ketenteraman umum.
  • Pada Jumaat, tular di Facebook berkaitan satu hantaran yang berbaur ugutan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

KUALA LUMPUR – Sebarang elemen ugutan atau ancaman terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat akan dijalankan siasatan dengan segera.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, biarpun belum terdapat sebarang laporan yang dibuat namun perkara itu adalah satu isu yang serius.

Beliau berkata, pihaknya menerusi Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) akan mengesan sebarang ancaman atau ugutan terhadap Tengku Maimun di dalam pelbagai medium laman sosial, termasuk aplikasi Twitter dan Facebook sejak tengah malam tadi.

“Sebarang tindak tanduk membabitkan isu keselamatan dan ketenteraman awam yang boleh mengganggu-gugat keamanan akan diambil tindakan segera oleh pihak polis.

“Saya sudah mengarahkan JSJ Bukit Aman memulakan siasatan dengan meneliti segala ancaman serta ugutan terhadap Ketua Hakim Negara dan siasatan sama turut membabitkan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT),” katanya ringkas pada Jumaat.

Acryl Sani berkata, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu melibatkan ketenteraman umum.

“PDRM tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perkara membabitkan isu keselamatan dan ketenteraman awam yang boleh mengganggu-gugat keamanan,” tegasnya.

Dalam pada itu, difahamkan PDRM turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan individu yang mengeluarkan kenyataan berbentuk ancaman dan ugutan terhadap Ketua Hakim Negara itu.

Pada Jumaat, tular di Facebook berkaitan satu hantaran yang berbaur ugutan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Hantaran tersebut dipercayai telah dimuat naik oleh seorang individu menerusi laman sosial Facebook.

Sumber : Sinar Harian

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending