Connect with us

Terkini

“Tuduhan Teresa Kok berat dan tidak berasas” – Presiden CUEPACS

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat membidas tuduhan Teresa Kok mengenai dasar berasaskan kaum dalam isu pengambilan penjawat awam.

Wartawan TMT

Published

on

presiden cuepacs bidas teresa kok
Foto: Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat.
  • Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat membidas tuduhan Teresa Kok mengenai dasar berasaskan kaum dalam isu pengambilan penjawat awam.
  • Adnan memberitahu pengambilan dibuat berdasarkan merit dan kompetensi calon, bukan faktor bangsa.
  • Permohonan terbuka kepada semua.
  • CUEPACS menasihati ahli politik supaya tidak mempolitikkan perkhidmatan awam.

KUALA LUMPUR – Tuduhan mengenai dasar berasaskan kaum dalam pengambilan dan kenaikan pangkat penjawat awam itu adalah satu tuduhan berat dan tidak berasas, demikian kenyataan Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat ketika membidas tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang cuba mempolitikkan perkhidmatan awam apabila menyentuh komposisi kaum dalam saiz perkhidmatan awam.

Adnan memberitahu bahawa sektor perkhidmatan awam selama ini tidak pernah menetapkan bangsa sebagai faktor penentu dalam mengambil atau menaikkan pangkat penjawat awam.

Tegasnya, pengambilan dan pelantikan kakitangan dalam sektor perkhidmatan awam dilakukan berasaskan merit dan kompetensi calon tanpa membabitkan sebarang kuota seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

“SPA tidak pernah menetapkan pengambilan kakitangan perkhidmatan awam perlu menepati sebarang kuota termasuk membabitkan agama, kaum, etnik atau negeri tertentu,” tambahnya lagi.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi menjawab dakwaan Teresa yang menyatakan pelantikan dalam perkhidmatan awam tidak seimbang mengikut kaum.

Adnan berkata, penyertaan dalam perkhidmatan awam adalah bergantung kepada kehendak, minat dan kecenderungan individu.

Katanya, permohonan pula adalah terbuka kepada semua bangsa dan agama.

Advertisement

“Tanpa membuat permohonan melalui SPA, bagaimana seseorang individu itu boleh menyertai perkhidmatan awam atau dilihat berminat untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat.

“Sambutan daripada kaum bukan Bumiputera dalam perkhidmatan awam dilihat kurang kerana mereka berpandangan gaji rendah berbanding jika bekerja di sektor swasta atau berniaga,” hurainya lanjut.

“Kebanyakan mereka yang menyertai perkhidmatan awam terutama di sektor keselamatan dan pertahanan adalah disebabkan faktor patriotik dan cintakan negara.

“Disebabkan faktor ini jugalah penjawat awam sentiasa neutral dan menjauhkan politik dalam mencurahkan bakti kepada negara dan rakyat tanpa mengambil kira bangsa seseorang itu.

“Kita tidak pernah melihat penjawat awam mengabaikan sesuatu bangsa dalam memberikan perkhidmatan bahkan penjawat awam jugalah kumpulan pertama yang berada di barisan hadapan bagi membantu rakyat sekiranya berlaku bencana atau darurat,” katanya.

Beliau menjelaskan kenyataan Teresa mengenai struktur gaji yang rendah dan kurangnya peluang untuk kemajuan kerjaya yang menghalang bukan Bumiputera menyertai perkhidmatan awam adalah tidak tepat.

Advertisement

Ini kerana katanya perkara itu membabitkan semua warga perkhidmatan awam tanpa mengira bangsa.

“Bahkan jika dilihat rekod perkhidmatan ‘YB Seputeh’ ketika berada dalam kerajaan sebelum ini pun tiada usaha daripada beliau untuk ‘menasihati’ kerajaan bagi mengangkat profesion dalam sektor perkhidmatan awam ke suatu tahap yang sewajarnya.

“Malah, ramai penjawat awam yang menerima tekanan, ugutan serta ditamatkan kontrak perkhidmatan dan ada rakan YB Seputeh yang mendesak kerajaan mengurangkan bilangan penjawat awam sambil menyifatkan kami semua sebagai bebanan kepada kerajaan,” katanya.

Justeru, CUEPACS menasihatkan semua pihak terutama ahli politik supaya tidak menggunakan perkhidmatan awam hanya untuk kepentingan politik masing-masing.

“Sebagai penjawat awam, kami semua tetap berpegang teguh kepada konsep neutral dan profesionalisme serta menghormati prinsip pembahagian kuasa bagi memastikan kedaulatan undang-undang dapat dipertahan dalam menjunjung Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Terdahulu Teresa dilaporkan berkata, perkhidmatan awam kini didominasi oleh orang Melayu sejak pengenalan Dasar Ekonomi Baharu pada 1970 dan faktor bangsa tidak harus menjadi penentu dalam mengambil atau menaikkan pangkat penjawat awam.

Advertisement

Sumber: Berita Harian

 

 

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending