Connect with us

Terkini

Tragedi banjir Baling: 70 buah rumah rosak

Seramai 1,424 mangsa banjir daripada 93 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi sekitar Kupang, dekat sini, setakat jam 8 malam semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Banjir Baling
Foto: Sumber Bernama
  • Seramai 1,424 mangsa banjir daripada 93 keluarga ditempatkan di tiga pusat PPS sekitar Kupang.
  • Mereka ditempatkan di beberapa buah sekolah dan surau.
  • Tujuh rumah musnah dihanyutkan arus deras dan 70 lagi rosak susulan bencana.

BALING: Seramai 1,424 mangsa banjir daripada 93 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi sekitar Kupang, dekat sini, setakat jam 8 malam semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim dalam satu kenyataan memaklumkan mereka ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai, Surau An-Nur di Taman Mesra Kupang dan SMK Agama Yayasan Khairiah.

Beberapa kampung sekitar Kupang dilanda banjir kilat selepas hujan berterusan selama tiga jam sejak 2 petang semalam, menyebabkan air melimpah dari Sungai Kupang dan memasuki rumah penduduk.

Dalam pada itu, tujuh buah rumah musnah akibat dihanyutkan arus deras manakala kira-kira 70 lagi rosak susulan bencana berkenaan.ā€“ BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *