Connect with us

Terkini

Setelah 10 tahun, akhirnya Dewan Rakyat lulus RUU Antigangguan Seksual

Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021 (AGS2021) akhirnya diluluskan Dewan Rakyat, pada Rabu selepas pelbagai hasil usaha penggubalan dan libat urus yang dilakukan sejak 2011.

Wartawan TMT

Published

on

antigangguan seksual
Foto: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun.
  • Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021 (AGS2021) diluluskan Dewan Rakyat pada Rabu.
  • AGS 2021 yang mengandungi empat bahagian, empat bab dan 27 fasal diharapkan berupaya menangani isu gangguan seksual di Malaysia.
  • Tribunal AGS akan beroperasi di Lembah Klang namun sebarang persidangan bersifat fleksibel dari segi tempat dan masa.
  • Menteri KPWKM memberi jaminan anggota tribunal akan dilantik daripada kalangan individu yang mempunyai kredibiliti, pengalaman dan kepakaran dalam menangani kes gangguan seksual.

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021 (AGS2021) akhirnya diluluskan Dewan Rakyat, pada Rabu selepas pelbagai hasil usaha penggubalan dan libat urus yang dilakukan sejak 2011.

AGS 2021, yang mengandungi empat bahagian, empat bab dan 27 fasal, diharap berupaya menangani isu gangguan seksual di Malaysia yang belum memiliki undang-undang khusus berhubung gangguan seksual.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun ketika menggulung AGS 2021 berkata, rang undang-undang itu adalah manifestasi penting dan membuktikan komitmen kerajaan dalam usaha menghapuskan diskriminasi berasaskan gender.

“Satu jawatankuasa penilaian dianggotai individu daripada kalangan wakil badan bukan kerajaan (NGO, ahli akademik dan agensi berkaitan akan diwujudkan bagi memantau keberkesanan rang undang-undang itu serta mengeluarkan laporan mengenainya,” kata Rina.

Beliau turut memberi jaminan anggota tribunal akan dilantik daripada kalangan individu yang mempunyai kredibiliti, pengalaman dan kepakaran dalam menangani kes gangguan seksual termasuk pegawai polis, kaunselor, pegawai kesihatan, doktor, NGO dan ahli akademik.

Mengulas lanjut dari sudut pengoperasian, Rina berkata pada peringkat awal, tribunal itu akan ditubuhkan di Lembah Klang.

Walaubagaimanapun, jelasnya tribunal itu boleh bersidang pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat mengikut keperluan bagi memudahkan masyarakat sebelum ia diperluas ke semua negeri.

Memetik laporan dari Sinar Harian, beliau turut memberitahu bahawa pengoperasian tribunal akan mempertimbang pandangan semua pihak berkepentingan di samping memperhebat usaha pendidikan dan kesedaran kepada golongan sasar.

Menurutnya, pembangunan dasar atau pengeluaran garis panduan berhubung pencegahan atau kesedaran tentang gangguan seksual akan dilaksana.

“Ini termasuklah menggalakkan aktiviti atau menyediakan notis berkaitan pencegahan atau kesedaran tentang gangguan seksual.

“Penggunaan notis adalah tidak bersifat menghukum tetapi lebih kepada memberi kesedaran mengenai gangguan seksual, implikasi serta cara mencegahnya,” kata Rina.

Sementara itu, rata-rata Ahli Parlimen kerajaan serta pembangkang ketika membahaskan rang undang-undang tersebut senada menzahirkan ucapan tahniah dan sokongan kepada KPWKM kerana berjaya membentangkan AGS 2021.

Antaranya Datuk Seri Azalina Othman Said, Maria Chin Abdullah dan Fuziah Salleh yang menyambut baik rang undang-undang tersebut dan berharap ia bakal dimanfaatkan sewajarnya oleh semua golongan terutama mangsa gangguan seksual.

Sementara itu, Rina dalam sidang media di Bangunan Parlimen berharap memperoleh peruntukan kewangan untuk pelaksanaan kerja-kerja awal rang undang-undang itu dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentang pada Oktober.

Katanya, peruntukan itu termasuk pembiayaan jerayawara bagi memberi pendedahan dan pendidikan kepada orang ramai dan menyediakan struktur tribunal berkaitan.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penggubalan rang undang-undang itu termasuk seluruh kepimpinan kementerian, agensi kerajaan dan NGO. 

Sumber: Sinar Harian / Bernama

 

Author

Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending