Connect with us

Terkini

Seluruh negara terkejut bekalan elektrik terputus!

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia mengalami gangguan elektrik sejak jam 12:39 tengahari ini pada Rabu.

Wartawan TMT

Published

on

tenaga nasional berhad
Foto: Tenaga Nasional Berhad.
  • TNB mengesahkan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia mengalami gangguan elektrik sejak jam 12:39 tengahari ini pada Rabu.
  • Walaubagaimanapun bekalan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di kawasan-kawasan terbabit di Lembah Klang.

SHAH ALAM – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia mengalami gangguan elektrik sejak jam 12:39 tengahari ini pada Rabu.

TNB dalam satu kenyataan memaklumkan gangguan melibatkan 2.2GW yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan.

Antara kawasan-kawasan terlibat adalah di Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas, Seberang Jaya, Panchor dan Bandar Indera Mahkota.

 “Walaubagaimanapun, bekalan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di kawasan-kawasan terbabit di Lembah Klang.

“Punca kejadian sedang dikenalpasti dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

“TNB akan memaklumkan kepada para pelanggan dari masa ke semasa. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” katanya.

Sementara itu beberapa kawasan di Negeri Sembilan dan Melaka turut mengalami masalah terputus bekalan elektrik.

Antara kawasan yang terlibat termasuk Seremban, Seremban 2, Nilai, Sendayan, Tampin, Lukut dan Jelebu.

Situasi itu dikongsi netizen di media sosial yang turut memaklumkan pasar raya Mydin Seremban 2 dan pasar raya Palm Mall di Seremban turut bergelap.

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending