Terkini
Rogol remaja 14 tahun, penceramah bebas ditahan
Seorang penceramah bebas telah ditahan pada Isnin lalu atas dakwaan merogol seorang remaja perempuan yang berusia 14 tahun.

- Penceramah bebas yang didakwa memiliki pusat tahfiz di Shah Alam direman bagi membantu siasatan kes rogol remaja perempuan 14 tahun.
- Tempoh reman ditetapkan selama lima hari hingga Sabtu.
- Siasatan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
KUALA LUMPUR – Seorang penceramah bebas yang didakwa memiliki sebuah pusat tahfiz di Shah Alam telah ditahan pada Isnin lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor atas dakwaan merogol seorang remaja perempuan yang berusia 14 tahun.
Menurut Datuk S Sasikala Devi, Timbalan Ketua Polis Selangor, pihak polis menerima laporan daripada mangsa pada jam 11.15 malam Sabtu.
Manakala pada Ahad keesokan harinya, laporan berkenaan kes yang sama turut diterima pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak.
Menurut Sasikala, sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka setakat ini, iaitu dua di Selangor, masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak melibatkan pengadu yang sama.
“Hasil siasatan awal mendapati pengadu telah berkenalan dengan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an sejak Mei tahun lalu.
“Bermula dari perkenalan tersebut, pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza,” jelas Sasikala seperti dilaporkan oleh Sinar Harian Selasa lalu.
Tambah beliau, suspek telah ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuala Selangor pada jam 4.50 petang.
“Suspek telah direman selama lima hari bermula 19 Julai hingga 23 Julai bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, suspek berkemungkinan akan diserah kepada Kontinjen Perak untuk disiasat bagi laporan polis yang diterima IPD Perak.
Sumber: Sinar Harian
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini23 hours ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak