Connect with us

Terkini

Persenda agama boleh cetuskan kontroversi, perbalahan masyarakat – Dr. Kamilin

Peringatan itu dilontarkan Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis, Dr. Kamilin Jamilin berhubung isu mempersendakan agama yang berlaku sepanjang minggu ini yang boleh mencetuskan perbalahan antara agama dan kaum.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Dr Kamilin
Foto: Dr. Kamilin Jamilin
  • Elakkan menyentuh perkara mempersendakan agama kerana boleh mencetuskan perbalahan agama, kaum.
  • Budaya mengejar kontroversi semata-mata untuk populariti dengan mempersenda pihak ditegah dalam agama.
  • Teguran itu dibuat agamawan yang juga Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis, Dr. Kamilin Jamilin berhubung isu mempersendakan agama termasuk video ‘prank’ tarik tudung.

KUALA LUMPUR – Elakkan menyentuh perkara-perkara yang mempersendakan sensitiviti agama sekalipun untuk tujuan menghasilkan kandungan ‘prank’ di laman sosial.

Budaya yang dibawa dari barat itu tidak sepatutnya menjadi ikutan mana-mana pihak, termasuk Youtuber, semata-mata untuk mencipta kontroversi dan mencari populariti.

Peringatan itu dilontarkan Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis, Dr. Kamilin Jamilin berhubung isu mempersendakan agama yang berlaku sepanjang minggu ini yang boleh mencetuskan perbalahan antara agama dan kaum.

Ini termasuklah tindakan seorang Youtuber yang melakukan video ‘prank’ atau gurauan menarik tudung wanita di Youtube sehingga menimbulkan keresahan ramai pihak.

Awal minggu ini, sebuah page FB turut membuat hantaran kononnya masih ada minyak masak murah ketika ia memuat naik foto minyak masak sembahyang sekaligus menimbulkan kecaman netizen.

Dr. Kamilin berkata semua pihak perlu mengambil berat apa yang menjadi sensitiviti kepada pihak lain dalam setiap tindakan mereka.

“Saya melihat dua isu seperti minyak sembahyang juga YouTuber tarik tudung wanita walau dikatakan ‘prank’ tersebut sudah dirancang tapi ia tetap memperlihatkan elemen mempersendakan agama.

“Yang pertama; mempersendakan agama lain dan kedua mempersendakan agama sendiri.”

“Kita perlu peka kerana perkara ini sudah banyak kali berlaku. Contohnya, orang sentuh ibadat-ibadat Islam atau agama lain perkara itu akan menjadi kontroversi dan akan menimbulkan perbalahan antara masyarakat maka kita perlu elakkan,” katanya kepada The Merdeka Times hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Kamilin berkata untuk umat Islam, Allah swt dengan jelas menengah mana-mana pihak daripada mempersendakan agama lain.

“Dalam surah Al-An’am ayat 108 “Jangan kamu cela atau caci tuhan sembahan agama lain supaya mereka tidak membalas balik atau mencela tuhan kamu.

“Allah swt suruh kita pertimbang dari sudut maslahat. Sekiranya ia melibatkan agama kita, yang mana boleh menyebabkan agama kita diserang balik ataupun dicela maka kita kena elakkan perkara tersebut sekalipun perkara itu ada kebenarannya,” katanya merujuk kepada isu minyak sembahyang yang dijadikan bahan gurauan oleh semua page FB baru-baru ini.

Mengulas tentang tindakan Youtuber yang melakukan video ‘prank’ tarik tudung, Dr. Kamilin mengakui yang beliau merasa amat marah dengan insiden itu yang dianggap tidak sensitif, mempersendakan agama dan keterlaluan.

“Saya melihat macam mana simbolik Islam dipermainkan sebelum video kedua dikeluarkan walaupun niat dia untuk memberitahu orang Malaysia jangan tergesa-gesa itu dan ini tapi apabila dia melibatkan isu tarik hijab ia satu isu very sensitiviti melibatkan hukum agama.

“Allah mengisyaratkan dalam surah At-Taubah ayat 65. Ini sifat-sifat orang musyrikin dulu munafik. ‘Kenapa kamu buat begini? Mereka kata kami hanya main-main. Allah balas balik  adakah dengan Allah dengan ayat-ayatnya rasulnya kamu nak permainkan,” kata agamawan itu. 

Dr. Kamilin menegaskan bahawa setiap perkara ada batasnya dan semua pihak tidak seharusnya menjadikan agama sebagai bahan gurauan dalam apa jua bentuk sekalipun.

Semalam, Youtuber yang mencetuskan kontroversi melalui video ‘prank’ tarik tudung itu didakwa di Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 14 Akta 336 dan dikenakan hukuman denda.

Youtuber yang dikenali sebagai Nick itu dilaporkan telah memohon maaf atas perbuatannya. – The Merdeka Times

Author