Terkini
“Perkhidmatan awam didominasi orang Melayu” – Teresa Kok
Ahli Parlimen DAP, YB Teresa Kok Suh Sim menggesa kerajaan berusaha menjadikan perkhidmatan awam lebih seimbang dari segi kaum bagi mencerminkan semangat slogan “Keluarga Malaysia” yang diangkat Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

- Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok menggesa kerajaan supaya seimbangkan komposisi perkhidmatan awam dari segi kaum.
- Perkhidmatan awam didominasi oleh orang Melayu sejak 1970 dan hanya beberapa orang bukan Melayu yang memohon.
- Struktur gaji yang rendah dan kurang peluang dalam pembangunan kerjaya antara punca kewujudan situasi ini.
- Faktor bangsa tidak harus diambil kira dalam urusan menggaji penjawat awam.
- Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Latiff Ahmad menegaskan bahawa pengambilan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dibuat berdasarkan merit dan kecekapan.
PETALING JAYA – Ahli Parlimen DAP, YB Teresa Kok Suh Sim menggesa kerajaan berusaha menjadikan perkhidmatan awam lebih seimbang dari segi kaum bagi mencerminkan semangat slogan “Keluarga Malaysia” yang diangkat Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Tambahnya lagi, “Perkhidmatan awam didominasi oleh orang Melayu sejak pengenalan Dasar Ekonomi Baharu pada 1970, dengan beberapa orang bukan Melayu memohon untuk menyertai perkhidmatan awam.
Ahli Parlimen Seputeh itu turut berkata, struktur gaji yang rendah dan kurangnya peluang untuk pembangunan kerjaya antara faktor utama menghalang bukan Bumiputera menyertai perkhidmatan awam.
“Pengambilan dan kemajuan kerjaya lebih seimbang, secara beransur-ansur akan meningkatkan bilangan bukan Melayu memohon. Dasar berasaskan kaum dalam pengambilan dan kenaikan pangkat penjawat awam menyebabkan ramai bakat enggan memohon menyertai perkhidmatan awam.
Sektor perkhidmatan awam mestilah benar-benar mewakili semua kaum kerana ia akan lebih responsif dari segi keperluan dan kehendak mereka, kerana penjawat awam memainkan peranan penting dalam mempengaruhi dasar awam dan pelaksanaannya,” katanya dalam sebuah kenyataan.
Teresa turut menegaskan bahawa bangsa tidak harus menjadi faktor penentu dalam urusan mengambil atau menaikkan pangkat penjawat awam.
“Perlu ada kemahuan politik daripada kerajaan untuk menarik lebih ramai bukan Bumiputera untuk menyertai perkhidmatan awam”, ujarnya lanjut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Abdul Latiff Ahmad memberitahu Dewan Rakyat kira-kira 90% daripada 1.2 juta penjawat awam terdiri daripada Bumiputera.
Jelasnya, kerajaan tidak mengenakan sebarang kuota untuk pengambilan berdasarkan kaum atau etnik.
Latiff berkata daripada jumlah itu, 987,333 terdiri daripada orang Melayu; 73,190 Cina; 47,751 India; 60,084 Bumiputera Sarawak; 59,978 Bumiputera Sabah; 2,417 Orang Asli; dan 8,698 lain-lain.
Bagi jawatan tertinggi atas kategori Gred 56 pula, 3,300 adalah orang Melayu; 386 Cina; 240 India; 74 Bumiputera Sabah; 53 Bumiputera Sarawak; tiga Orang Asli; dan 42 lain-lain.
Beliau menegaskan pengambilan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah berdasarkan merit dan kecekapan.
Sumber: Free Malaysia Today
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS