Terkini
OPR naik lagi! Perlukah kita bimbang?
Penganalisis ekonomi meramalkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menormalkan lagi kadar dasarnya pada masa hadapan dan secara berperingkat menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3.00% menjelang tahun hadapan.
- OPR dijangka naik lagi menjelang tahun hadapan.
- OPR perlu kembali normal seiring pembukaan sektor ekonomi selepas pandemik.
- Kenaikan ini penting untuk mengawal kadar inflasi.
- Tidak menjejaskan pinjaman dengan kadar bayaran tetap.
- Kenaikan hanya akan berlaku mengikut kadar pinjaman.
KUALA LUMPUR – Penganalisis ekonomi meramalkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menormalkan lagi kadar dasarnya pada masa hadapan dan secara berperingkat menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3.00% menjelang tahun hadapan.
Sinar Harian melaporkan majoriti daripada mereka juga berpendapat kenaikan kadar akan berterusan untuk baki tahun ini di tengah-tengah peningkatan inflasi dan BNM akan meneruskan lagi pengetatan dasarnya pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan datang.
Justeru, ramai yang mula risau mendengarkan berita ini kerana OPR telah pun meningkat sebanyak dua kali dalam tempoh beberapa bulan sahaja.
Untuk memahami situasi sebenar kenaikan OPR ini, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda fahami.
Pertama, kadar OPR perlu kembali kepada tahap normal.
Kadar OPR sebelum pandemik sebenarnya adalah lebih tinggi iaitu sekitar 3.00% hingga 3.25% berbanding sekarang.
Apabila pandemik melanda dan negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) OPR diturunkan kepada kadar 1.75% untuk memudahkan urusan perbelanjaan.
Namun, negara kembali mencatat pertumbuhan ekonomi yang sihat setelah kesemua sektor ekonomi dibuka semula dan kegiatan harian kembali normal.
Oleh disebabkan itu, kadar OPR juga perlu dikembalikan ke nilai asal agar inflasi dapat dikawal.
Inflasi secara ringkasnya adalah kenaikan harga umum barangan atau perkhidmatan yang terjadi dalam tempoh masa tertentu.
Kadar inflasi ditetapkan berdasarkan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mana mempengaruhi perubahan harga item-item di dalam bakul tetap barangan dan perkhidmatan seperti pakaian, kasut, hiasan rumah, pengangkutan dan pendidikan.
Di Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) adalah badan yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan maklumat berkenaan inflasi semasa.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna mereka juga yang mengawal kadar inflasi, sebaliknya ia dipengaruhi faktor luar seperti peperangan serta kekurangan bekalan bahan mentah dunia yang mana diluar bidang kuasa kerajaan tempatan.
Dalam bahasa mudahnya, kalau 3 tahun lepas dengan RM50 anda boleh dapat 5 barang keperluan rumah tapi sekarang anda hanya boleh beli 2 barang sahaja, di situ sudah menunjukkan peningkatan inflasi yang terjadi dalam tempoh tersebut.
Ketiga, kenaikan kadar OPR tidak menjejaskan pinjaman dengan kadar faedah tetap.
Kenaikan OPR sama sekali tidak melibatkan pinjaman dengan kadar faedah tetap seperti pembiayaan sewa-beli (pinjaman kenderaan) atau sebahagian pinjaman peribadi.
Sebaliknya hanya melibatkan pinjaman pada kadar faedah berubah seperti pembiayaan kediaman serta sesetengah pinjaman perniagaan.
Seterusnya, kenaikan hanya berlaku mengikut kadar pinjaman.
Ianya bergantung kepada kadar pinjaman asal, sekiranya jumlah pinjaman berjumlah RM400,000, kadar kenaikan untuk pembayaran bulanan yang dianggarkan hanya sekitar RM40 hingga RM50.
Namun, lagi tinggi nilai pinjaman maka lebih banyaklah kadar kenaikan yang perlu anda bayar secara bulanan.
Sebagai rakyat yang bijak, kita perlu mengambil kira kemungkinan peningkatan OPR dan bersedia untuk membuat bayaran bulanan dengan kadar yang lebih tinggi sekiranya ia dilaksanakan.
Sumber: Sinar Harian
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia