Terkini
“Najib tak kaji sebelum putuskan tidak mahu bayar waris Sulu” – Tun M
Mahathir berkata, sokongan tersebut dibuat dengan mengambil kira kenyataan yang dikongsikan oleh Najib ketika beliau masih menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri.
- Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui pernah menyokong tindakan Najib untuk hentikan bayaran kepada Kesultanan Sulu.
- Keputusan tersebut dibuat oleh Najib sendiri tanpa dirujuk kabinet.
- Bayaran sebanyak RM5,300 setiap tahun telah dipersetujui sejak sekian lama,
- Dr. Gondola Stampa, Penimbang Tara Sepanyol, mengarahkan Malaysia membayar pampasan AS$134.92 bilion (RM62.59 bilion).
KUALA LUMPUR – Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau pernah menyokong tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghentikan bayaran kepada kesultanan Sulu selepas insiden serangan di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013.
Mahathir berkata, sokongan tersebut dibuat dengan mengambil kira kenyataan yang dikongsikan oleh Najib ketika beliau masih menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri.
“Pada masa itu Najib buat kenyataan bahawa dia tidak akan bayar (kepada waris kesultanan Sulu). Pada masa itu saya menyokong dia sahaja. Dia (Najib) yang buat keputusan.
“(Najib) yang membuat keputusan sendiri, bahkan saya diberitahu keputusan itu tidak dirujuk kepada kabinet,” katanya pada sidang akhbar selepas selesai Wacana Hala Tuju Sistem Pendidikan dan Pmebelajaran Dalam Talian Negara 2021 PTTI di salah sebuah hotel pada Ahad.
Menjelaskan perkara itu, Dr Mahathir berkata, seharusnya kerjaan yang dipimpin oleh Najib perlu mengkaji terlebih dahulu sama ada serangan tersebut sebenarnya dilakukan oleh waris kesulatanan Sulu atau pihak lain kerana perjanjian mengenai bayaran penyerahan wilayah sebanyak RM5,300 setiap tahun telah dipersetujui sejak sekian lama.
“Kita sudah berjanji untuk membayar setiap tahun (sebanyak RM5,300), jadi apabila kita berjanji kita harus menunai janji walaupun ada serangan tetapi kita tidak tahu serangan itu oleh waris kesultanan Sulu atau orang lain.
“Oleh itu sepatutnya dikaji dahulu dan ada pengesahan bahawa yang menyerang itu adalah keturunan Sulu baru boleh kita berhenti tetapi ini tidak ada kajian terus diberhentikan bayaran,” katanya.
Justeru katanya, dek ‘kelalaian’ kerajaan pada ketika itu menyebabkan Malaysia berdepan dengan isu yang mencetuskan pelbagai risiko bahaya pada negara.
Agensi berita Sepanyol melaporkan Dr Gondola Stampa, penimbang tara Sepanyol mengarahkan Malaysia untuk membayar pampasan AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris kesultanan Sulu.
Ini merupakan susulan Malaysia didakwa tidak membayar wang serahan berjumlah RM5,300 setiap tahun sejak 2013 dan telah melanggar Perjanjian 1987 yang ditandatangani Sultan Jamal Al-Alam dengan Baron De Overbeck dan Alfred Dent mewakili syarikat British Utara Borneo.
Sumber : Sinar Harian
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times