Connect with us

Antarabangsa

Mcdonald’s rugi RM5 billion enam bulan pertama keluar pasaran Rusia

Jaringan restoran makanan segera McDonald’s merekodkan penurunan pendapatan sebanyak 3% pada separuh pertama tahun ini. Kerugian ini difahamkan kesan daripada keputusan jenama itu untuk keluar dari pasaran Rusia, lapor RT.com.

Wartawan TMT

Published

on

rusia mcdonalds rugi 5 billion
  • McDonald’s merekodkan penurunan pendapatan sebanyak 3% pada separuh pertama tahun ini.
  • Penutupan jenama itu pada Mac lalu adalah bagi memberi tekanan kepada Rusia yang kini menyerang Ukraine.
  • McDonald’s menjual semua aset yang dimiliki mereka kepada ahli perniagaan Rusia.
  • Jenamanya kini ditukar kepada Vkusno i Tochka atau Just Tasty di Rusia.

Jaringan restoran makanan segera McDonald’s merekodkan penurunan pendapatan sebanyak 3% pada separuh pertama tahun ini. Kerugian ini difahamkan kesan daripada keputusan jenama itu untuk keluar dari pasaran Rusia, lapor RT.com.

Menurut laporan terbaru syarikat itu, “caj sebelum cukai yang berkaitan dengan penjualan perniagaan Syarikat di Rusia berjumlah $1.3 bilion dalam enam bulan pertama tahun ini.”

Restoran McDonald’s menutup jenama mereka di Rusia pada Mac lalu bagi memberi tekanan kepada Rusia yang kini menyerang Ukraine.

“Untuk memastikan pemindahan perniagaan yang berkesan di Rusia kepada pembeli, syarikat terus membayar pekerja dan membuat pembayaran cukai melalui tarikh perjanjian jualan yang ditandatangani”, kata McDonald’s.

Jenama gergasi global itu menjual kesemua aset yang dimiliki mereka, termasuk lebih 800 kedai di Rusia kepada ahli perniagaan Alexander Govor dengan jumlah yang tidak didedahkan. Namun difahamkan bahawa harganya jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Restoran-restoran itu telah dibuka semula di Rusia di bawah jenama Vkusno i Tochka atau Just Tasty.

Sumber: RT.com

Advertisement

 

Author

Antarabangsa

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Wartawan TMT

Published

on

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 
Foto: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.
  • Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
  • Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
  • Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
  • Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.

Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.

Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.

Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.

Advertisement

Sumber: Buletin TV3 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending