Connect with us

Teknologi

Lancar misil pertama di luar negara, KD Lekir berjaya lakar sejarah

Kapal Diraja (KD) Lekir melancarkan misil Exocet MM40 di pesisiran pantai Hawaii, Amerika Syarikat dalam Eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC) 2022 pada Selasa.

Wartawan TMT

Published

on

KD Lekir - Royal Malaysian Navy
Foto: Sumber Royal Malaysian Navy.
  • Kapal jenis korvet kelas kasturi menempa nama sebagai satu-satunya aset milik TLDM yang membuat penembakan misil di luar perairan negara dalam RIMPAC.
  • Penyertaan RIMPAC bertujuan menambah nilai profesionalisme kru KD Lekir.
  • Latihan RIMPAC kali ini mengambil masa 22 hari dan melibatkan 38 kapal, empat buah kapal selam dan lebih daripada 170 buah pesawat milik 26 negara.
  • Latihan bersama pelbagai negara ini dapat mengukuhkan jalinan kerjasama di antara peserta.

KUALA LUMPUR – Kapal Diraja (KD) Lekir melancarkan misil Exocet MM40 di pesisiran pantai Hawaii, Amerika Syarikat dalam Eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC) 2022 pada Selasa.

Kejayaan yang dilakar kapal jenis korvet kelas kasturi itu sekaligus menempa nama sebagai satu-satunya aset milik TLDM yang membuat penembakan misil di luar perairan negara.

Panglima TLDM, Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata, untuk latihan ini sasaran yang digunakan adalah Ex-USS Rodney M Davis, sebuah Guided Missile Frigate daripada kelas Oliver Hazard Perry (OHP).

“RIMPAC menyediakan platform terbaik untuk meningkatkan interoperability di antara angkatan laut yang mengambil bahagian.

“Penyertaan ini merupakan satu pengalaman yang menambah nilai profesionalisme kru KD Lekir,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, KD Lekir telah berjaya melancarkan misil dari jenis yang sama pada 22 Mei lalu semasa Eksesais Taming Sari 21/22 di Perairan Selat Melaka Utara sebagai persediaan untuk ke RIMPAC kali ini.

“Setelah dua minggu di pelabuhan, peserta RIMPAC telah keluar untuk latihan di laut selama 22 hari mulai 11 Julai yang melibatkan 38 kapal, empat buah kapal selam dan lebih daripada 170 buah pesawat milik 26 buah negara.

“Eksesais maritim antarabangsa terbesar dunia ini merupakan satu peluang latihan bersama pelbagai negara di samping mengukuhkan jalinan kerjasama di antara peserta,” ujarnya lanjut.

(Sumber: Sinar Harian)

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Meta lancarkan Ray-Ban Baharu ‘Cermin Mata Pintar Meta’

Meta Connect dengan kerjasama EssilorLuxottica pada 27 September lalu melancarkan koleksi cermin mata pintar Ray-Ban Meta generasi baharu.

A.R. Khan

Published

on

Meta lancarkan Ray-Ban Baharu ‘Cermin Mata Pintar Meta’
Foto: Cermin Mata Pintar Ray-Ban Meta.

Meta Connect dengan kerjasama EssilorLuxottica pada 27 September lalu melancarkan koleksi cermin mata pintar Ray-Ban Meta generasi baharu.

Reka bentuk cermin mata pintar itu diberikan penambahbaikan yang jauh lebih baik berbanding keluaran generasi pertamanya dengan ciri-ciri yang tiada pada mana-mana cermin mata pintar sebelum ini. 

Cermin mata pintar itu bakal membebaskan tangan pengguna dari gangguan perlu memegang kamera tangan, membolehkan rakaman foto atau klip video dari sisi unik pengguna itu sendiri.

Selain itu cermin mata pintar itu juga membolehkan pengguna strim secara langsung dari cermin mata mereka ke Facebook atau Instagram. 

Pembesar suara serba baharu yang direka khas dengan bass lanjutan serta suara maksimum lebih tinggi dan ciri-ciri audio terarah yang membantu pengurangan kebocoran audio semasa menerima panggilan, mendengar muzik serta podcast walaupun dalam persekitaran yang bising atau berangin. 

Bagi kemudahan rakaman video, susunan lima mikrofon rekaan baharu diberikan untuk rakaman lebih baik, serta tangkapan bunyi lebih tepat seperti pengalaman asal pengguna, sama ada dari hadapan, dari sisi, belakang, malah di arah atas.

Kamera ultra lebar 12 MP baharu dengan kualiti yang dipertingkatkan untuk foto dan video rakaman 1080p sehingga 60 saat, selain ciri-ciri foto boleh dikongsi secara terus kepada rakan dan keluarga dari cermin mata pintar itu dengan arahan suara “hantar foto”.

 Meta lancarkan Ray-Ban Baharu ‘Cermin Mata Pintar Meta’

 

Ia bakal dilancarkan dengan harga $299 USD (RM1,410) dengan pembelian pra-tempahan kini boleh dilakukan di meta.com dan ray-ban.com.

Pembelian terus secara atas talian dan kedai fizikal pula akan bermula 17 Oktober depan di 15 negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan seluruh Eropah.

Sumber: Meta

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending