Connect with us

Terkini

“Jika wujud unsur hutang dalam pelaburan emas, amat sukar untuk jadi patuh syariah” – Pakar Syariah UIA

Sebarang pelaburan emas secara unallocated basis atau emas yang dibeli tidak diperoleh secara fizikal,adalah tidak patuh syariah, demikian kenyataan pakar syariah dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Madya Dr. Aznan Hassan apabila ditanya tentang status suatu pelaburan emas yang agak popular masa kini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Prof Madya Dr Aznan Hasan - pelaburan emas
Foto: Prof. Madya Dr. Aznan Hassan.
  • Pakar syariah dari UIA, Prof. Madya Dr. Aznan Hassan berkata sebarang pelaburan emas secara unallocated basis atau emas yang dibeli tidak diperoleh secara fizikal,adalah tidak patuh syariah.
  • Kenyataan ini dibuat susulan pertanyaan orang ramai tentang status pelaburan emas popular masa kini.
  • Beliau menerangkan tentang beberapa unsur-unsur, sekiranya wujud, boleh membuatkan pelaburan tersebut tidak patuh syariah.

KUALA LUMPUR – Sebarang pelaburan emas secara unallocated basis atau emas yang dibeli tidak diperoleh secara fizikal,adalah tidak patuh syariah, demikian kenyataan pakar syariah dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Madya Dr. Aznan Hassan apabila ditanya tentang status suatu pelaburan emas yang agak popular masa kini.

“Selalunya, jika terdapat unsur-unsur leverage ataupun hutang, ianya amat sukar untuk patuh Syariah. 

“Sekadar pengkajian (penelitian) saya tentang beberapa praktis leverage dalam pelaburan emas, kesemua praktis-praktis ini tidak selari dengan syarak.

“Hatta jika terdapat arrangement untuk financing sekalipun, perlu berhati-hati kerana kadangkala, financing itu tidak berlaku atau jika berlaku pun tidak secara 1 to 1”, hurainya lanjut.

Maka akan wujud masalah syariah sekiranya transaksi tidak berlaku seiring konsep muamalat dalam Islam.

“Jika berlaku qard (pinjaman), mungkin akan berlaku isu qard jarra naf’an (pinjaman yang menjana manfaat kepada pemberi pinjam) dan bai’ wa salaf (gabungan kontrak jual beli dan pinjaman) yang tidak dibenarkan syarak

“Namun hakikatnya untuk berlaku loan yang diberikan oleh pengelola platform, amatlah payah untuk berlaku kerana ini akan menyebabkan income pengelola platform tersebut berkurangan dan level leverage yang diingini tidak akan boleh dilaksanakan”, terangnya lagi.

Aznan turut menerangkan bahawa leverage berlaku melalui pengaturan secara option-margin (wang tunai atau instrumen sekuriti yang pelabur depositkan dalam akaun  sebagai cagaran) dan ini sememangnya tidak patuh syariah.

“Yang menjadikan ia lebih teruk, hakikatnya tiada sebarang pembelian dan hanya berlaku benchmarking of the price (up and down)”, katanya.

Beliau menekankan apabila berlaku delay in delivery dan tiada spot delivery (sama ada secara fizikal atau konstruktif), jual beli emas menjadi amat sukar untuk patuh syariah.

“Ini adalah antara beberapa panduan umum. Berhati-hatilah bila melabur emas dengan menggunakan strategi leverage,” pesannya kepada orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga dalam sebarang aktiviti pelaburan.

Adnan menegaskan bahawa pendapat yang diberikan merupakan panduan umum dan sekiranya orang ramai mahu beliau memberikan pandangan yang spesifik terhadap produk pelaburan emas tersebut, maklumat yang lebih mendalam diperlukan.

Terdahulu, The Merdeka Times melaporkan pembongkaran scam pelaburan emas Genneva Gold yang dikatakan patuh syariah oleh seorang pakar kewangan Islam.

 

Author